Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi

gigi-berkarat.jpg

Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Harini Dr Fuh nak share satu petua yang Dr FUh rasa amat berguna. Petua ini berkenaan dengan gigi. Sapa yang takde gigi tu sila abaikan lah post ni. Hehehe.

Gigi merupakan salah satu aset yang paling berharga bagi semua orang. Tak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita. Walau sekacak atau secantik manapun wajah anda, tapi jika rambut gigi berkarat…tak guna jugak! Betul tak?

Cuba anda bayangkan seorang wanita cantik berada di depan mata. Potongan badannya pun boleh tahan. Anda pun senyum kepadanya. Lalu senyuman anda tu dibalasnya dengan menampakkan giginya yang “ala-ala” tersusun tapi berkarat.

Apa perasaan anda??

Kalau anda tanya saya, memanglah daripada minat terus jadi tak berminat langsung!

Sebab apa?

Sebab menjaga kebersihan gigi tu kan penting dan ia juga ada hubung kait dengan saraf yang terdapat di seluruh tubuh badan kita. 😀

Atas sebab itulah saya nak kongsikan petua hilangkan karat gigi hari ni.

Masalah karat gigi ni biasanya dialami oleh individu yang kuat merokok. Betul tak?

Ini kerana candu yang melekat pada gigi tu.
Usah risau, masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan pinang.

Cara-caranya:

Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi

1. Ambil sebiji pinang tua dan keringkannya.

2. Apabila pinang tu dah kering, pinang itu kemudiannya dikacip halus.

3. Bakar isi pinang yang telah dikacip halus tu sehingga hangus.

4. Akhir sekali, gunakan isi pinang itu untuk menggosok gigi anda yang berkarat tu.

5. Ulang proses 1 hingga 4 setiap hari sampai gigi anda menjadi putih semula.

Haa apa tunggu lagi, pergi la cari buah pinang pastu cuba petua ni. In Shaa Allah berkesan. Selamat mencuba semua! 🙂

p/s – sesiapa yang berminat mengiklankan produk anda di artikel ini atau artikel lain-lainnya, sila hubungi Dr Fuh melalui e-mail [email protected] Terima kasih

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

13 thoughts on “Petua Putihkan Dan Hilangkan Karat Gigi”

  1. Info yang bermanfaat 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Kalaulah haiwan pun ada Facebook dan twitterMy Profile

  2. World WarZ says:

    Skang nie mana lah ada orang yang nak bersusah payah nak gi carik Bagai pinang tua dibelah dua lak tu kena racik racik lalu dikeringkan kemudian dibakar hangus dan akhirnye digosok pada gigi.

    Skang nie dema pakai beli aje kat farmasi bahan cecair pemutih gigi.., malam nie pakai sok gigi dah putih berseri.. Sekali senyum meleret menampakkan susunan gigi panahan kilauan tertikam bagai kilat membakar belantara raya kehkehkeh..

    1. jame says:

      selalunye beli pmutih gigi yg jenama apa ?

      1. World WarZ says:

        Saya tak pakai gel pemutih gigi sebab gigi saya sudah putih .
        Kalau saudara mahu mengunakan gel pemutih gigi saudara hanye perlu pergi farmasi dan minta gel pemutih gigi pada mereka dan mereka akan syor beberapa jenama gel pemutih gigi pada saudara dan saudara beli lah mana mana yang berkenan dihati hehehe..

        Lagi satu nak beritahu.., saya nak putihkan gigi tak pakai arang pinang yang ditumbuk lumat pun sebab leceh dan menyusahkan.
        Seminggu sekali atau dua kali saya gosok gigi guna baking powder (Soda Bicabonate) yang saya taburkan diatas ubat gigi (yang sudah saya pecetkan ubat gigi diatas berus gigi ) dan saya gosok mengunakan dua bahan tersebut (ubat gigi dan baking powder) dan gigi saya sentiasa putihberseri hahaha.
        Jangan bimbang baking powder (soda bicarbonate) tidak bahaya untuk kesihatan sebab ia sejenis bahan untuk membuat cake dan biskut..

  3. Khairil says:

    Amboi orang kat atas, bermadah puisi bagai.. Hahah.. Zmn kecik2 dulu ada jgk gosok dgn arang.. Hahah.. Tawar bhai!!

  4. zzzz says:

    nk tanye….dikacip halus tu macam mane????

    1. Dr Fuh says:

      diracik, tak pon nak senang tumbuk

  5. Yana Sakura says:

    Ooo….perkongsian yg menarik..hehe ^_^ guna buah pinang ye..
    Buah pinang oh buah pinang ..dimanakah engkau?? ekeke

    org kata mkn sireh elok utk jga gigi..tp nnt gig jd merah pulokk..Hoho :p

  6. idatimalek says:

    alamak..dah x nampak pkok pinang skrggg
    idatimalek recently posted…Aku Menang ‘Give Fahmi Wings’ contest by RedbullMy Profile

  7. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh,

    boleh amalkan petua nie utk gigi putih…

    mselim3
    mselim3 recently posted…Kisah Karamah Ibrahim Al Khurasani- Roti Untuk Wali AllahMy Profile

  8. Terbaru says:

    terima kasih infonya 🙂
    Terbaru recently posted…Kata Kata Bijak Mario TeguhMy Profile

  9. titan says:

    dah jangan lupa sentiasa gosok gigi.

    orang kita malas benar nak gosok gigi.
    titan recently posted…10 minit berharga bersama DTOX Malaysia.My Profile

  10. Thank you a lot for sharing this with all of us you actually realize what you are speaking about! Bookmarked. Kindly also talk over with my web site =). We can have a link trade arrangement between us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge