13 Petua Perkahwinan Bahagia Dari Ustaz Azhar Idrus

petua-perkahwinan-ustaz-azhar.jpg

Petua Perkahwinan Dari UAI

Petua Perkahwinan. Assalamualaikum para sahabat yang dikasihi. Harini Dr Fuh nak kongsikan sedikit petua perkahwinan yang sangat menarik dari Ustaz Azhar Idrus. Sapa tak kenal kan? Petua perkahwinan ni bagus sebab ada dari sebelum jumpa calon sampailah dah ada anak. Kalau diolah betul-betul In Shaa Allah dah lengkap dah petua perkahwinan nih. Jom baca

1. KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

Petua Perkahwinan Bahagia

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Apa-apa pon jodoh pertemuan dan kebahagiaan itu ditangan Allah. Kita merancang dan berusaha, Allah yang akan menentukannya. Selamat mencuba! Semoga petua perkahwinan yang dikongsikan ini memberi berjuta manfaat kepada semua. In Shaa Allah

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

7 thoughts on “13 Petua Perkahwinan Bahagia Dari Ustaz Azhar Idrus”

  1. alhamdulillah..perkongsian yang sangat berguna…insyaallah akan di praktikkan..
    kuala Lumpur-car-rental recently posted…Perodua Alza 1.5 Auto (MPV)My Profile

  2. Yan Ty says:

    info for the future perhaps
    Yan Ty recently posted…Pantai Timur , Aku Datang ! – Day 3My Profile

    1. fuhdotmy says:

      In Shaa Allah Ty

  3. lawo isteri muda UAI ni ek…

  4. World WarZ says:

    Ketika mencari calon cari lah ibu kepada anak anak kita..
    Kalau dia tidak boleh atau tidak mampu menjadi ibu kepada anak anak kita (sebab mandul) maka hadiahkan dia title JANDA..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge