Petua Oleh Imam Syafie Dan Biodata Ringkas Beliau

935152_165250780309374_932602271_n.jpg

Petua Oleh Imam Syafie Dan Biodata Ringkas Beliau | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Imam Syafie merupakan imam yang mengasaskan mazhab Syafie yang menjadi ikutan lebih dari separuh dari umat Islam di dunia ini.

Disini Puteri kongsikan sedikit Biodata ringkas Imam Syafie kepada semua.

Imam as-Syafi’e lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafi‘e. Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana untuk menuntut ilmu. Di Makkah Imam as-Syafi’e memulakan perguruannya dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu.

Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha’ karangan Imam Malik bin Anas, dan Imam as-Syafi’e dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan kitab tersebut. Imam as-Syafi’e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu Imam as-Syafi’e baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M.

Ketokohan Imam as-Syafi’e sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Imam as-Syafi‘e mengambil alih sebentar kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi di Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam as-Syafi’e di Negeri Yaman tidak lama kerana Imam Syafie telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syi‘ah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu.

Imam as-Syafi’e dibawa menghadap kepada Khalifah Harun ar-Rashid dan beliau berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan Imam as-Syafi’e membela dirinya dengan pelbagai hujjah agama menyebabkan Harun ar-Rashid tertarik kepadanya.

Imam as-Syafi’e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini Imam as-Syafi’e telah berkenalan dengan anak murid Imam Abu Hanifah dan duduk berguru bersama mereka, terutamanya Muhammad bin al-Hasan as-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan yang penting bagi Imam as-Syafi’e, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membanding antara dua ajaran Islam, yakni ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah.

Itulah serba sedikit biodata Imam Syafie dan sekarang kita baca pula beberapa petua yang disarankan oleh Imam Syafie kepada kita. Selamat beramal.. =)

Petua Oleh Imam Syafie Dan Biodata Ringkas Beliau

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat Cara Tidur

1. TIDUR PARA NABI
Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wallahualam..

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

9 thoughts on “Petua Oleh Imam Syafie Dan Biodata Ringkas Beliau”

  1. kucinghitam says:

    thanks for nice info leh praktik

  2. pesanan yg bagus unutk dijadikan panduan hidup

  3. Hello there! Would you mind if I share your blog with
    my zynga group? There’s a lot of people that I think would
    really enjoy your content. Please let me know.
    Many thanks
    Wrinkle Formula recently posted…Wrinkle FormulaMy Profile

  4. JOBS VIEW says:

    Petua yang berguna..tertarik tentang perkara yang boleh menguatkan badan iaitu kerap mandi..

  5. I know this web site gives quality based articles or reviews and extra information, is there any other website which offers such things in quality?
    http://www.bussgeldkatalog-verkehr.de recently posted…http://www.bussgeldkatalog-verkehr.deMy Profile

  6. Wow! At last I got a website from where I be able to
    in fact take valuable facts concerning my study and knowledge.
    where can i buy garcinia cambogia recently posted…where can i buy garcinia cambogiaMy Profile

  7. It assists in maintaining healthful blood sugar stages. The combined advantages of weight-loss, cardiovascular well being, healthy blood sugar levels and overall illness prevention resulting from the high levels
    of antioxidants in Green Coffee Beans all work synergistically to support a healthier, happier and extra vibrant you.
    We have an ever expanding line of hand roasted coffees,
    teas, creamers and sugars.
    green coffee extract lose weight recently posted…green coffee extract lose weightMy Profile

  8. Learn about his diet and weight loss adventures in his blog post, “Whole Foods Changed My Life”.
    If you try to do so you will only be forcing a thought and it will be counterproductive.
    For post-workout carbohydrates you can make up your own combination of dextrose,
    maltodextrose, water and some Kool-aid for flavor.
    how to get muscles fast recently posted…how to get muscles fastMy Profile

  9. Now i am now not selected where you might be having your information, nevertheless great matter. We would need to spend some time researching additional or maybe figuring out more. Many thanks for superb information I had been on the lookout for this info for my assignment.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge