Petua Mengawal Lapar Ketika Berpuasa

petua-mengawal-lapar-diet.jpg

Petua Mengawal Lapar Ketika Berpuasa | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog Fuh.My yang dikasihi. Terima kasih kerana masih setia membaca blog biasa-biasa Dr Fuh ni dan juga kepada readers baru terima kasih kerana sudi menjengah laman picisian Dr Fuh ni. Tadi Dr Fuh ada jumpa satu artikel yang sangat bermanfaat terutamnya di bulan Ramadhan penuh keberkatan ni. Artikel tersebut berkaitan ‘Cara mengawal lapar ketika berpuasa’.

Setiap Muslim percaya bulan Ramadan merupakan masa untuk kita menguji ketahanan, kemampuan diri serta belajar mengharungi cabaran-cabaran sewaktu berpuasa. Umat Islam bukan sahaja bertahan daripada makan, minum, merokok dan melakukan hubungan seks namun dilarang melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar.

Bagi mereka yang baru belajar berpuasa, semestinya sukar untuk mereka mengawal lapar dan dahaga. Jadi, kami berikan 8 tips berguna kepada anda untuk mengawal rasa lapar sepanjang bulan mulia ini.

 Petua Mengawal Lapar Ketika Berpuasa

Alihkan perhatian

Sibukkan diri anda dengan pelbagai kerja untuk mengelakkan rasa lapar. Buatlah sesuatu yang anda suka seperti menelefon kawan dan sebagainya. Jika anda fokus terhadap sesuatu kerja, kelaparan yang dirasai pasti akan berkurang. 

Latihan kardiovaskular

Luangkan masa anda melakukan aktiviti kardiovaskular. Senaman yang ringan juga membantu mengurangkan rasa lapar.

Rehat

Jika tidak berkesan, dapatkan rehat pada waktu petang. Rehat sekejap akan membuatkan fikiran anda cepat menerawang dan sedar tak sedar, sudah hampir masuk waktu untuk berbuka. Dapatkan tidur yang cukup juga boleh menurunkan paras ghrelin dalam badan. 

Kawal pengambilan makanan

Ketika waktu sahur, jangan terus menelan makanan anda, makan terlalu cepat menyebabkan anda makan berlebihan dan berpotensi untuk cepat lapar. Sebenarnya, otak mengambil lebih masa yang lama daripada perut untuk menerima mesej anda sudah kenyang. Jadi, telan dan kunyah makanan anda perlahan-lahan. Sebelum makan, amalkan meminum air.

Abaikan kepedihan

Bagi mereka yang baru sahaja belajar berpuasa, mereka pasti mengalami pedih akibat lapar. Cuba biarkan sakit itu dan anda pasti akan terbiasa. Bacalah buku atau apa sahaja yang dapat memotivasikan kamu.

Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein

Serat adalah senjata utama bagi pengamal diet untuk menahan nafsu makan mereka. Bijirin penuh berkhasiat, rendah lemak dan kaya dengan serat. Bijirin penuh juga bagus untuk menurunkan kalori. Sesetengah sayuran seperti brokoli dan cendawan mengandungi banyak serat, amalkannya untuk membuatkan anda lebih bertenaga walaupun tanpa makanan.

Sumber

Dr Fuh – Petua ni bukan sahaja sesuai digunakan ketika berpuasa, malah ianya sesuai untuk sesiapa sahaja yang sedang atau ingin berdiet. Cuba olah sedikit dan praktikkan petua ini. In Shaa Allah berkesan 🙂

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Petua Mengawal Lapar Ketika Berpuasa”

  1. Mawardiyunus says:

    tank u for sharing this info bro ahahhhaaa
    Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Menonton Despicable Me 2 Di Alamanda, PutrajayaMy Profile

  2. Zuan says:

    hehe nice sharing.. dan boleh tambah satu lagi, baca blog yang tak pasal makanan, hehehe..
    Zuan recently posted…Aku Kuat MerengekMy Profile

  3. Carlos Santiago says:

    satu tips yg bagus. TQ DR. ahaha
    Carlos Santiago recently posted…BAN GilaLike – Adlin Hina Allah, Hina Nabi, Tapi Ada Umat Islam Like. BANGANGMy Profile

  4. lagi satu, ko kena selalu bayangkan muka mr bean. bila terbayang, terus ko rasa tak lalu nak makan
    boni ultra kacak recently posted…Buffet Ramadhan 2013 – On The Table RestaurantMy Profile

  5. vcore says:

    wahhh.bagus nih.boleh cuba
    vcore recently posted…Majlis Malam Berinai Fouziah Gous Dan Md ZhafranMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge