Petua Melebatkan Rambut Berkesan Dan Mudah

petua-melebatkan-rambut-berkesan-fuh.my_.jpg

Petua Melebatkan Rambut Berkesan Dan Mudah | Ok harini Dr Fuh nak kongsikan dengan korang cara, tips atau petua untuk melebatkan rambut. Dr Fuh tau korang pasti gusar dan hilang keyakinan diri sekiranya rambut gugur atau sedia jarang. Jom kita cuba amalkan petua ni. Jangan lupa memohon kepada Nya juga.

Petua Melebatkan Rambut

  • Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut selama 15-30 minit.Amalkan tiga kali seminggu.
  • Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit. Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan dua hari sekali.
  • Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih.Ulangi selalu dan lihat hasilnya.
  • Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.
  • Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala ataupun jika tiada, bolehlah gantikan dengan santan segar. Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras. Setelah cukup garing, sejukkan dan kisar halus. Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut. Sapukan pada seluruh kepala, biarkan semalaman dan bilas.
  • Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur. Kemudian,masukkan sedikit air dan perah. Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau rata dan simpan semalaman. Keesokan harinya, sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam. Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.
  • Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa. Lumurkan pada rambut. Biarkan beberapa minit.Kemudian bilas dengan air suam.
  • Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.

petua melebatkan rambut berkesan fuh.my 2

So, bagi yang takde bajet atau kurang bajet untuk membuat rawatan rambut di syarikat luar bolehlah cuba petua ini. Kita berusaha dan berdoa kepada Nya, In Shaa Allah Dia makbulkan doa kita.

P/S – Petua melebatkan rambut ini sesuai untuk digunakan bagi lelaki mahupun wanita.

Selamat mencuba ye 🙂

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

12 thoughts on “Petua Melebatkan Rambut Berkesan Dan Mudah”

  1. TENGKUBUTANG says:

    wahh.. petua yg memang teman amalkan salah satunya.. tapi udah stop lea pulak.. hik3
    TENGKUBUTANG recently posted…JOM MAIN KELIK2 NAK.. U KELIK I.. I KELIK U? BOLE? =)My Profile

    1. Dr Fuh says:

      kalau rambut dah maintain lebat dan sihat xamalkan dah pon xpe kan..hehe
      Dr Fuh recently posted…Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 1 Julai 2013My Profile

  2. TENGKUBUTANG says:

    i likee.., thanx share!
    TENGKUBUTANG recently posted…NAK CANTIK? JOM URUT WAJAH!My Profile

  3. Ummar Farouk says:

    Fuhh! Kalaulah petua ini disebar dgn sangat meluas, sudah tentu saham Yunnam Hair Care jatuh… Ke guane?
    Ummar Farouk recently posted…Kenapa Kempen Tak Nak Merokok Masih Belum Berkesan?My Profile

    1. Atiqa anuar says:

      haha bankrupt yumnam nanti. hew hew

  4. nabila biela says:

    woooo..yg ni mmg kena try..kehkeh
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

  5. Atiqa anuar says:

    Sesiapa yang jenis traditional, mmg bagus guna nie. tade chemical..
    Atiqa anuar recently posted…Review Product : Juliana Francoise BB White Serum From HiShopMy Profile

  6. Mawardiyunus says:

    erkkk tumpang tanya, pompuan pon ada ke yang botak tengah.. erkkk kbai
    Mawardiyunus recently posted…CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00 | UBAT SAKIT BUAH PINGGANGMy Profile

  7. wooots says:

    terima kasih atas perkongsian ini, boleh dicuba petua ini.
    wooots recently posted…Dapatkan tips kulit cantik dengan SIPUT BABIMy Profile

  8. Shud Shuhada says:

    Terima kasih atau pekongsian….. boleh la sy try nanti…nak share boleh…??
    Shud Shuhada recently posted…Omega Guard Shaklee Lebih Cepat Turunkan Berat.My Profile

  9. muhd zamri says:

    yang teh tu nak guna 1 hari 3 kali ke atau seminggu kena pakai 3 kali ? kalau nak pakaj 1 hari 3kali boleh kan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge