Petua Kurangkan Kulit Berminyak Dan Sebabnya

muka-berminyak.jpg

Petua Kurangkan Kulit Berminyak Dan Sebabnya

Petua Kurangkan Kulit Berminyak Dan Sebabnya | Kulit berminyak akan menyebabkan pori-pori kulit akan tersumbat dan akan menyebabkan jerawat tumbuh di permukaan kulit muka. Di sini terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengelakakn atau mengurangkan kulit berminyak. Terdapat beberapa sebab yang dapat menyebabkan kulit berminyak, antaranya ialah:

  • Pembersih yang agresif dengan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan merengsa.
  • Kelenjar sebum terlalu aktif.
  • Stress
  • Gangguan hormon
  • Kecenderungan genetik.

Petua 1:
Parut buah epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Petua 2:
Rendamkan beras anggaran 1/2 gelas. Campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan tersebut dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum anda tidur.

Petua 3:
Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur.Jika tiada, anda bolehlah gantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih.

Petua 4:
Ramaskan daun sirih di dalam 1 cawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Petua 5:
Campurkan tepung dal dengan pati susu, dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih. Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu lap muka anda bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

14 thoughts on “Petua Kurangkan Kulit Berminyak Dan Sebabnya”

  1. sayidah says:

    waahh tips berguna.tapi mcm malas nak buat.hehe
    sayidah recently posted…MOGA BERBAHAGIA CIKGU!My Profile

    1. kucinghitam says:

      eeee pemalas hahahaha
      kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

      1. puteri says:

        ekekeke..jgn malas2.. nanti jerawat timbun2 naik.. 😛

  2. Yan Ty says:

    baloq ja nak buat walaupun byk petua . hahaha
    Yan Ty recently posted…Bantu Dan Doakan Adik Muhammad Syakir AmsyarMy Profile

    1. kucinghitam says:

      xelok pompuan baloq2 ni
      kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  3. silenceblogz says:

    woww !! tips… menarik… blh nak buat tip ni… next month nak buka saloon eekeke
    silenceblogz recently posted…Live Streaming Malaysia vs Barcelona 2013My Profile

    1. kucinghitam says:

      nak kerja leh hihihi leh dpt income
      kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  4. kucinghitam says:

    muka kalo start minyak memang la mula berjerawat haha
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

    1. puteri says:

      tuh pasal kena hindarkan minyak tuh.. jgn pakai minyak masak kat muka.. ekkeke 😛

  5. Woww Dot My says:

    woww nice tips…leh try sebelum raya nie..kihkih
    Woww Dot My recently posted…Ngeri!! Bayi 13 Bulan Nyaris Maut Tersepit Mesin Pengadun KuihMy Profile

  6. cik siti says:

    nice tips….nnt blh try la….hee
    cik siti recently posted…KEMALANGAN : anggota tentera dengan polisMy Profile

  7. vcore says:

    nak try…..

  8. adhabiasa2aje says:

    kalau saya guna berus gigi dan ubat gigi..kulit rasa segar licin licauuuu! !AHAHA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge