Petua Hilangkan Selsema Untuk Bayi Dan Dewasa

197956_206883669324644_119355758077436_832770_3208237_n.jpg

Petua Hilangkan Selsema Untuk Bayi Dan Dewasa | Penyakit selsema yang dialami membuatkan kita berasa kurang selesa dan tidak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan untuk hilangkan selsema adalah minum air mineral dengan secukupnya dan kurangkan pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.

Perubahan cuaca dan keadaan persekitaran juda mungkin menjadi sebab anda diserang selsema. Hari ini kami mahu berkongsi beberapa tips mudah untuk kurangkan dan hilangkan selsema tanpa pengambilan ubat!

Petua Hilangkan Selsema Untuk Bayi Dan Dewasa

1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam.

5. Amalkan minum air halia seminggu sekali.

6. Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

7. Ambil seulas bawang merah, buang kulitnya dan kunyah lalu makan bawang itu.

kapursirih

8. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .

9.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

10.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual, ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Petua Hilangkan Selsema Untuk Bayi Dan Dewasa”

  1. eh, tak pe ke kalau amalkan kat budak2??? sbb anak buah tengah flu sekarang ni
    Ainaa Roseberry recently posted…HOTEL SINGGAHSANA, PETALING JAYAMy Profile

  2. vcore says:

    waaahh.petua yang amat berguna

  3. NOREHAN SAAD says:

    terima kasih dengan petua yang diberi…..
    NOREHAN SAAD recently posted…TIPS MENGATASI MASALAH IBU MENGANDUNGMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge