Petua Hilangkan Kutu Di Kepala Anda

sisiran.jpg

Petua Hilangkan Kutu Di Kepala Anda | Salam sejahtera kepada semua pebaca semua, semalam Puteri dapat tahu yang adik puteri ada kutu, memang risau gak berjangkit ngan dia. Sebab kalau ada kutu ni, memang akan stress ngn tergaru-garu kepala sana sini. Jadi hari ini Puteri nak kongsi dengan semua Petua Hilangkan Kutu Di Kepala Anda

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Antara Tanda-tanda Ada Kutu Di Kepala Anda Adalah:

  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

Apa yang perlu di lakukan?

  1. Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
  2. Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
  3. Basuh cadar dsb dengan air panas.
  4. Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
  5. Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

Antara ubat-ubatan yang boleh menghilangka kutu ini adalah Crotamiton, Benzene hexachloride dan Malathion. Anda bolehlah dapatkan ubat-ubatan ini di farmasi ataupun di klinik.

Cara merawat

  1. Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
  2. Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
  3. Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.

Petua Hilangkan Kutu Di Kepala Anda

Jika anda mahu hilangkan kutu secara tradisional atau tanpa ubat-ubatan, anda bolehlah mencuba petua yang Puteri sediakan ini. Cubalah petua ini, mudah dan InsyaAllah mujarab.

Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.

Amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu ada di kepala.

SELAMAT MENCUBA!!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Petua Hilangkan Kutu Di Kepala Anda”

  1. Anuar says:

    Terima kasih di atas perkongsian info… Dah lama tak cari kutu adik dan dekat kepala sendiri… Masa kecil dulu-dulu selalu cari kutu…
    Anuar recently posted…Poligami Dan Alam Perkahwinan berdasarkan pandanganku…My Profile

  2. vcore says:

    nice info……

  3. vcore says:

    wahh.petua yang bagus nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge