Petua Dan Tips Untuk Menigkatkan Dan Menguatkan Daya Ingatan

daya-ingatan.jpg

kuatkan daya ingatan

Petua Dan Tips Untuk Menigkatkan Dan Menguatkan Daya Ingatan | Sebenarnya, kita dapat meningkatan dan menguatkan daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.

Petua Dan Tips Untuk Menigkatkan Dan Menguatkan Daya Ingatan:

* Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

* Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

* Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

* Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

* Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

* Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

* Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

In Shaa Allah, niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Petua Dan Tips Untuk Menigkatkan Dan Menguatkan Daya Ingatan”

  1. satu tips yg bagus dr DR.FUH. haahaha
    Carlos Santiago recently posted…BAN UsikanManja – Cara Buat Hantu Kotak Untuk Mengusik Gadis ComelMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Aiikk? Satu tips shj yg bagus? Apa dia? Bukan ke ada 8 tips kesemuanya?
      Ummar Farouk recently posted…Kejayaan Islam Dalam Mengubah Sikap Telah Terbukti Dapat Menguasai Tiga Suku DuniaMy Profile

  2. TENGKUBUTANG says:

    hemmm.. semua yg tersebut d atas teman dh lama x buat.. hu2.. rasa mcm ingatan dh berkurang jeww.. =P
    TENGKUBUTANG recently posted…1st TRY MASAK LEMAK KETAM CILI APIMy Profile

  3. noted mmg ingatan aku semakin berkurangan akibat faktor umur ==

  4. ZACK says:

    Bagus tips ni,kena slalu amalkan..

  5. vcore says:

    petua yang bagus

  6. susuk says:

    petua n tip yg bgus…TQ

  7. Pernah terbaca jg sblm nie membaca Al-quran boleh menguatkan ingatan.. Sesuai sangat la tu letak dalam senarai yg paling atas…
    Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge