Petua Dan Tips Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan

asal_puasa___gastrik.jpg

Assalamualaikum semua. Macam mana dengan tarawaih pertama malam ni? Ada yang terlepas tak? Rugi wooo. Banyak kelebihan tarawih bulan Ramadhan ni. In Shaa Allah kalau ada kelapangan Dr Fuh akan kongsikan. Hari ni Dr Fuh nak share satu tips atau petua untuk mengatasi gastrik dibulan puasa Ramadhan ni. Biasa la budak-budak sekarang ni time puasa datang la macam-macam penyakit cari akai takmau puasa. Tapi yang betul-betul ada penyakit gastrik boleh cuba amalkan petua ni.

Petua Dan Tips Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan – Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih rama lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

  1. Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
  2. Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa).
  3. Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
  4. Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
  5. Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Tips Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan

  1. Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan.
  2. Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  3. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  4. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  5. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  6. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  7. Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  8. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  9. Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  10. Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

kurma dan susu

Petua Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan

3 biji kurma, Segelas susu segar/apa jenis susu (suam/panas lagi elok)

  1. Rendamkan kurma dengan susu 10 minit sebelum masuk waktu berbuka.
  2. Setelah azan, baca doa makan dulu, surah al-ikhlas dan selawat ke atas nabi 3 kali.
  3. Lepas tu makan kurma tersebut dan disusuli dengan air susu tersebut.
  4. Tunggu seketika atau solat maghrib dahulu dan barulah dibaca doa berbuka puasa dan makan juadah berbuka puasa. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah puasa. =)

Info puasa yang lain:

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

24 thoughts on “Petua Dan Tips Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan”

    1. Atiqa anuar says:

      Selamat menjalani ibadah puasa 🙂

      1. kucinghitam says:

        selamat berpuasa
        kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

  1. Hahah time 2 poso ni la ramai dtg penyakit gastrik ni huhu
    Mawardi Yunus recently posted…Rezeki urusan ALLAH | Doa Supaya Rezeki Tidak PutusMy Profile

    1. Atiqa anuar says:

      haha betul. yang tak gastrik pun mengaku gastrik. isk isk

      1. Mawardiyunus says:

        tu la pasal… letih layan diorang ni huhu
        Mawardiyunus recently posted…CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00 | UBAT SAKIT BUAH PINGGANGMy Profile

        1. kucinghitam says:

          letih la sgt mengular ja kot
          kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

      2. kucinghitam says:

        biasa la tue semua nak ngelat
        kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

    2. kucinghitam says:

      standard la tue semua nak mc haha
      kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

  2. Carlos Santiago says:

    aku bru terdengar td. ending sahur dgn susu. now, ko dh tambah suh letak kurma. good tips.

    selamat berpuasa DR FUHHH. Esok kena jadi ustaz fuhh sempena ramadhan. hehe
    Carlos Santiago recently posted…BAN Feshit – Berlin Fashion Show Yang Sangat BADASSMy Profile

      1. kucinghitam says:

        susu kambing lagi bagus kalo dpt la
        kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kurma nie mmg byk khasiat
      kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

  3. jerseybola says:

    hello, artikel ini bisa membantu saya dalam menjalankan ibadah puasa untuk tahun ini, terima kasih
    jerseybola recently posted…jual jersey valensia home 2013My Profile

    1. kucinghitam says:

      bagus la sharing is caring
      kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

  4. hafiz says:

    kurma memang makanan yg penuh khasiatnya
    hafiz recently posted…Selamat Menyambut Ramadhan Al MubarakMy Profile

      1. kucinghitam says:

        mcm ipin selalu cakap betul3
        kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

    1. kucinghitam says:

      setuju kurma dpt elakan byk penyakit
      kucinghitam recently posted…BLOGGER SEX ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI DAKWAMy Profile

  5. Mazni Azmi says:

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ASAL GASTRIK JE PUASA.. KE TERBALIK 🙂
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Banyak tips atasi gastrik Dr Fuh bagi tu. Ada yang Mazni tak pernah
    dengar pun.

    Contohnya minum susu campur kurma untuk atasi gastrik
    Ingat untuk kesuburan je.

    Memang setuju dengan point lepas sahur jangan terus tidur.
    Bukan je tak bagus untuk penghadaman

    Kan ke galakkan berat badan naik. Hehe.

    Apa2 pun. Memang sunnah nabi ada kelebihan bagi yang amalkan.
    Dapat pahala. Insyaallah.

    Sambil2 tu, ada juga cara moden untuk kurangkan gastrik ni.
    Supaya cepat dinding perut tu pulih semula.

    =======================================
    KLIK UNTUK TIPS TERKINI YANG BERKESAN UNTUK GASTRIK
    =======================================

    Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
    (\(\
    ( -.-) RING3
    o__(“)(“) DARI MAZNI
    Shaklee Independent Distributor
    Mazni Azmi recently posted…Berkesan Ke Set Kesuburan Shaklee | Komen Dan Review IkhlasMy Profile

  6. Tapi hati2 gan, kurma juga bisa membawa penyakit ke kita, yaitu kurma palsu yang beredar di tanah abang. hati2 aja gan. harga murah membawa penyakit kepada tubuh kita, lebih baik kita bli kurma agak mahal tapi memberikan dampak positif untuk kesehatan kita. betul gak gan 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge