Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan

cara-alami-bikin-bibir-gelap-jadi-merah-muda.jpg

Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan | Mungkin ramai diantara kaum wanita inginkan bibir cantik menawan. Tapi ada diantara mereka yang masih tidak tahu apa punca bibir jadi hitam, mengelupas dan kelihatan tidak segar. Semestinya mereka ini ingin kan cara dan tips yang boleh menjadi kan bibir kelihatan lebih sihat.

APAKAH PUNCANYA ?

Bibir yang menggelupas, hitam dan kering adalah disebabkan kurangnya collagen dalam bibir . Makanan dan minuman yang anda makan biasanya mengandungi bahan kimia yang banyak boleh mengakibatkan kerosakan bibir . Malah kekurangan vitamin C juga menyebabkan bibir kering dan hitam , namun jika pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh membuatkan nafas berbau. Oleh itu , terdapat beberapa tips dan petua yang memudahkan anda melakukan penjagaan bibir dengan berkesan.

Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan

1 . Jangan biasakan untuk menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering . Ini kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.

2. Jadikan lipbalm sebagai teman baik anda. Bawalah selalu keman-mana anda pergi.

3 . Jangan gelupas atau tarik kulit bibir yang mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah . Seeloknya gunakan kain yang bersih atau wet tissue untuk mengelap bibir yang gelupas itu.

4 . Pilihlah gincu yang sesuai supaya tidak tersalah pilih kerana ia akan menyebabkan bibir anda hitam dan kering. Bagi penggemar gincu juga, tidak perlulah menggunakan gincu yang sudah setengah tahun umurnya , kerana ia akan merosakkan bibir anda.

5 . Elakkan daripada selalu memakan makanan yang pedas , panas dan bergetah seperti duku.

6 . Bagi yang gemar menggunakan bahan semulajadi , hirisan tomato boleh di saukan pada bibir anda . Biarkan selama 10-15 minit dan lakukan nya sebanyak 2 3 kali sehari. Hasilnya , bibir anda kelihatan lebih halus dan bebas dari pecah-pecah.

Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan

7. Jus lemon yang dicampur madu juga memerahkan bibir anda kerana jus lemon merupakan pemutih alami yang mengandungi gilseran yang baik untuk kesihatan kulit. Tambahan pula, madu boleh melembapkan kulit serta bibir kelihatan semulajadi lebih lembap. Untuk hasil yang baik, lakukan sebanyak 2 kali seminggu terutama dalam suhu sejuk dan panas.

8. Minum air 8 gelas sehari boleh mencegah dehidrasi yag menyebabkan bibir kering dan merekah.

9. Bersih gincu sebelum tidur , boleh mengelakkan debu dan bakteria melekat.

10. Jangan merokok dan minum alkohol (haram bagi Muslim) kerana rokok dan alkohol mempunyai bahan kimia yang boleh hitamkan bibir .

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Petua Dan Tips Bibir Cantik Menawan”

  1. cik siti says:

    wahh…nice tips…..yg number 1 tu baru tau..huhu…tq by the way ^^
    cik siti recently posted…dapat kad raya dari….My Profile

  2. Invisible Me says:

    Tips menarik 🙂
    Invisible Me recently posted…Nora Danish Sudah Jumpa Pengganti BaruMy Profile

  3. nizam ijam says:

    agak2 bibir aku menawan x? huhu
    nizam ijam recently posted…IFTAR – Bersama Samsung Di Paparich BangsarMy Profile

  4. titan says:

    wahh..bahaya kalau bibir orang lelaki pun cantik menawan. haha..
    titan recently posted…Founder AMBank kena tembak.My Profile

  5. Yan Ty says:

    D’Herb lipstic yang de kolagen helps me alots. Petua madu tu first time tahu…merahkan ye… something to think of… superb info Dr.Fuh!
    Yan Ty recently posted…Iftar di Ulam Cafe , Kenanga Wholesale CityMy Profile

  6. sayidah says:

    selalu jugak melembapkan bibir dgn air liur je.hehee
    sayidah recently posted…RAHSIA SUJUD DI DALAM SOLAT.My Profile

  7. vcore says:

    wahhh.bagus nih.tq for sharing
    vcore recently posted…Majlis Malam Berinai Fouziah Gous Dan Md ZhafranMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge