Petua Awet Muda Cara Islam Terbaik Dan Mudah

Awet-MUda.jpg

9 Petua Awet Muda Cara Islam Yang Terbaik Dan Mudah | Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.

Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin.

Lihat di bawah, baca dan praktikkan petua awet muda ini. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

Petua Awet Muda

Petua Awet Muda

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).

Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Petua awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. In Shaa Allah dengan izin Nya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda

semua petua awet muda ini dikongsikan dari laman mirlme.com

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

17 thoughts on “Petua Awet Muda Cara Islam Terbaik Dan Mudah”

  1. petua yang sangat baik untuk di amalkan..sangat original..xperlu nak beli ubat2 yang bukan2..terima kasih atas perkongsian..
    kl-car-rental recently posted…Perodua Alza 1.5 Auto (MPV)My Profile

    1. fuhdotmy says:

      a’ah menjimatkan dan xde kesan sampingan In Shaa Allah

  2. Yan Ty says:

    Great info. Kn print tampal lam bilik. Tpi air telaga tu mn nk dpt xkn nk gi kg org pula.. heee
    Yan Ty recently posted…Pantai Timur , Aku Datang ! – Day 3My Profile

    1. fuhdotmy says:

      buat mana yang ada ty..hehehe kalau buat semua nanti xtua2 pulak :p

  3. Rina says:

    semua wanita muslim wajib mengamalkann langkah2 diatas
    terima kasih atas infonya, izin bookmark ulasan diatas ya… πŸ™‚
    Rina recently posted…How To Create jQuery Featured Content Slider For WebsiteMy Profile

    1. fuhdotmy says:

      sama-sama saudari..rajin2 lah berkunjung ke sini πŸ™‚

  4. aku punya petua sendiri utk kelihatan muda… paling penting jaga hati jgn suka dengki pada org lain πŸ™‚ kbai

  5. Ummar Farouk says:

    Petua-petua sebeginilah akan mendatangkan kesan yg positif… Sebab ianya natural… Tak payoh susoh2 beli losyen mustajab dan ape bagai lagi produk kosmetik terkini di pasaran…
    Ummar Farouk recently posted…[KEMASKINI] Penjelasan Secara Terperinci Mengenai Kemunculan Bara Api Di YamanMy Profile

  6. satu lagi petua nak awek muda… free jer… kena rajin senyum πŸ™‚

  7. vcore says:

    petua yang bagus

  8. World WarZ says:

    Apa yang menyebab seseorang itu nampak tua dari umur sebenar.
    dan apa yang menyebabkan seseorang itu pula nampak muda dari umur sebenar..

    Bila usia meningkat tetapi wajah maseh kelihatan remaja dikatakan awet muda.. Ya benar Awet Muda.
    Tapi apa yang menyebabkan seseorang itu boleh awet muda..
    Kerana dia mengamalkan petua kah…
    Urutan dan selawat keatas nabi dengan niat untuk awet muda adalah sedikit melencong dari niat. Berselawat keatas nabi itu memang dituntut tetapi bukan bertujuan niat untuk kelihatan awet muda.

    Untuk kelihatan awet muda adalah tersangat mudah iaitu anda mesti perlu kelihatan tidak tua seiring usia . Tapi untuk tidak kelihatan tua seiring usia itu yang tersangat payah. Dan kalau anda mengikut shor seperti diatas 100 peratus maka anda orang yang sedang dikelirukan oleh artikel tersebut.

    Kita perlu faham yang menyebabkan perubahan fizikal dan kesihatan bergantung dari pemakanan anda dan apa diet anda selama ini. Juga kita harus faham selain itu kesan radikal bebas sangat berperanan untuk penyebab penuaan dan juga memberi kesan pada kesihatan anda dan bila usia semangkin meningkat kerosakan telah banyak berlaku kesan daripada aktiviti radikal bebas ini .. Ini lah yang menyebabkan penuaan dan tidak AWET Muda kekehkeh.
    Untuk mengurangkan kesan Radikal Bebas demi untuk kelihatan awet muda dan demi kesihatan anda maka anda peru mengkonsumi makanan yang kaya dengan Anti Oksidan iaitu yang kaya dengan Vietman C dan E serta Beta Karotina.

    Setelah anda mengambil lngkah langkah yang saya sebutkan maka baru lah kalau nak mengurut mengurut atau minum air sejuk diwaktu pagi sebelum gosok gigi dan mandi air telaga sulung lah dan entah apa apa lagi untuk kelihatan Awet Muda.

    Tapi jangan lupa jangan tak buat senaman wajah/muka seelok eloknye but setiap pagi didepan cermin.
    Tapi jangan jelir lidah depan cermin pulak sebab buruk rupa dan yang paling utama jangan jelir lidah depan bakal bapak mentu Eeeeee… kehkehkeh

    1. World WarZ says:

      Sowee bukan vietman tapi vietnam .. (kalau nak sebut Vitamin pun boleh)

  9. fiza says:

    nice sharing πŸ™‚

  10. Jimat duit untuk beli produk kecantikan . Hehe
    Aniqbukhary32 recently posted…Banyak-banyak tangga?My Profile

  11. kamal says:

    Betul tue. Sekeliling kita penuh dengan herba dan petua tradisional dari orang-orang lama. Kita kena ambil dari petua tradisional nie supaya tak hilang di dunia…hehehe..
    kamal recently posted…PETUA UNTUK WANITA KEKAL DARA.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge