Petua Anak Demam Panas Dan Terkena Sawan Tarik

timthumb-php.jpg

Petua Anak Demam Panas Dan Terkena Sawan Tarik

Petua Anak Demam Panas Dan Terkena Sawan TarikSawan ni selalu berlaku dikalangan kanak-kanak terutama ketika mereka demam. Walaubagaimana pun, terdapat kes dimana orang dewasa turut menghidapi sawan. Yang aku selalu dengar orang cakap sawan babi. Berikut adalah tanda-tanda demam panas dan apa yang perlu dilakukan apabila anak terkena sawan tarik.

Tanda-tanda demam panas

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je… sebab badan tak selesa…

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat… kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan…

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.

Petua Anak Demam Panas Dan Terkena Sawan Tarik

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu… Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia…

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang tu… seluruh badan dia kejang… so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas… dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih…..

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Petua Anak Demam Panas Dan Terkena Sawan Tarik”

    1. kucinghitam says:

      selalu asal demam jer mesti sawan
      kucinghitam recently posted…BLACK UMUM TARIKH KAHWIN LEPAS RAYAMy Profile

  1. Mawardiyunus says:

    pernah tengok ada budak kena sawan tu huhu
    Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Menonton Despicable Me 2 Di Alamanda, PutrajayaMy Profile

    1. kucinghitam says:

      sawan biasa ke sawan babi

  2. kucinghitam says:

    selalu sawan org letak sudu
    kucinghitam recently posted…BLACK UMUM TARIKH KAHWIN LEPAS RAYAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge