Perut Punca Segala Penyakit

perut-too-fat.jpg

Perut Punca Segala Penyakit | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca Fuh.My. Perut Punca Segala Penyakit?? Betul ke ni? Jom terjah sebab-sebabnya bersama Luna. Luna tertarik pada artikel ini kerana ia melibatkan kesihatan kita dan perlu diambil perhatian.Okay? Dibawah ada beberapa persoalan ,jadi mohon korang bermonolog dengan diri sendiri supaya dapat jawapan dia.

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah S.A.W,maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh S.A.W maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

<img class=”aligncenter size-medium wp-image-8909″ alt=”perut buncit” src=”http://fuh.com.my/wp-content/uploads/2013/11/perut-buncit-artikel-300×135.jpg” width=”300″ height=”135″ />

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

Tahukah anda ,bahawa perut yang buncit akan mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang kita tak jangkakan? Jadi,mulai sekarang kawal pengambilan makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita seperti kudapan dan jajan..Luna sarankan korang semua makan mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah S.A.W : “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)

Nota Luna Nana : Jagalah kesihatan anda. Kalau sakit macam mana nak buat kerja.Betul tak kawan-kawan? Bak kata pepatah ” Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Perut Punca Segala Penyakit”

  1. Celup keseluruhan tubuh lalat tu saya penah tgk orang buat.. Rupanya ada kebaikan untuk kesihatan, kita je yg tak faham dan cetek ilmu.. 🙁
    Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

  2. Abdul Hafiz says:

    Selalunya dalam seharian saya, saya tidak mengikuti masa makan dan bila makan mesti makan banyak. Kalau macam tu, lebih baik kurang pemakanan dan makan ikut masa supaya penyakit yang berat tidak menimpa diri saya.
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge