Tips Kehamilan – Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

Perkara-Yang-Perlu-Dielakkan-Ketika-Mengandung+fuh.my_.png

Tips Kehamilan – Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung | Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.

Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu hamil bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu. Selelah menampakkan Tanda Awal Hamil Atau Mengandung, anda hendaklah bersedia dengan pantang larang tersebut:

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

  1. Penjagaan kuku tangan kaki – Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
  2. Jalani rawatan muka – Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
  3. Mewarna rambut – Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
  4. Kasut bertumit – Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
  5. Ubat nyamuk – Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
  6. Derma darah – Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.
  7. Bawa barang – Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.
  8. Durian – Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

    Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung, Makanan yang harus dielak sewaktu hamil, tips kehamilan, petua ketika mengandung, mengandung kali pertama

  9. Kapal terbang – Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.
  10. Gincu bibir – Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.
  11. Krim pemutih – Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
  12. Ubat jerawat – Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil

Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.

Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

7 thoughts on “Tips Kehamilan – Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung”

  1. lina says:

    nasib baik gua bukan tergolonh ibu2 mengandung.. lalalalala

    1. kucinghitam says:

      yela dah kawin nikah baru la leh ngadong pon
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

      1. lina says:

        haha.. gua tau laa..
        lina recently posted…Pembancuh TehMy Profile

  2. yg no tujuh tu aku dah kena… rahim larik… end up kena urut balik bg rahim park balik kat tempat dia… sakit ok… 😛

    1. kucinghitam says:

      rahim mana lari hehee weeeek
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  3. kucinghitam says:

    bagus la buat tip bakal2 ibu ngadung nanti
    kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  4. It happens to be a fantastic plus handy bit of information. I’m just satisfied that you just contributed this convenient details with us. Be sure to stop us up-to-date like this. Many thanks for revealing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge