Perkara-Perkara Yang Makruh Dalam Solat

perkara-makruh-solat.jpg

Perkara-Perkara Yang Makruh Dalam Solat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Harini Dr Fuh nak share satu info Islamik yang mungkin kebanyakan dari kita sudah tahu akan hukum ini. Tapi mungkin juga ada yang masih belum tahu dan ada dikalangan kita terlupa. Jadi artikel ini adalah untuk mengingatkan kita selaku umat Islam. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. In Shaa Allah

Perkara-Perkara Yang Makruh Dalam Solat

Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.

Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:

1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.

2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.

3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.

4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.

5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.

6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.

7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.

8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.

9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.

10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.

11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.

12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.

13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.

14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.

15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.

16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.

17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Perkara-Perkara Yang Makruh Dalam Solat”

  1. perkara yang sering terlupa ni
    blogger lelaki recently posted…Kontes Review Klinik CintaMy Profile

    1. Nampak macam senang nak buat, tapi benda ini lah yg kita selalu terlepas pandang.. (Pesanan untuk diri)

  2. kucinghitam says:

    thanks for the sharing memang xberapa nak perasan
    kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  3. Ezad Skytech says:

    perkara makruh tu kadang2 ada yang tak perasan dibuat dalam solat…
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

    1. Yup.. perkara2 makhruh tu la yg mencacatkan solat…
      Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

  4. baby comel says:

    nampak mcam remeh, tapi makruh kan.. sebaiknya kita elakkan. okey, thanks dr fuh, pasni kena ingat dan jangan amalkan bila dah tahu perkara ni (ingatan utk diri sendiri)
    baby comel recently posted…Benci vs Cinta Astro RiaMy Profile

  5. kucinghitam says:

    banyak yg kita xambik berat pasal menda2 remeh nie
    kucinghitam recently posted…SHILA AMZAH PERNAH KENA PUKUL KEKASIH?My Profile

  6. JOBS VIEW says:

    Banyak yang makruh rupanya..Tahan nak buang air kecil pun makruh jugak..
    JOBS VIEW recently posted…Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Melaka [UPDATE 10OCT2013]My Profile

  7. World WarZ says:

    Perkara yang mahkroh ketika mendirikan solat menurut Hadis..

    1) Memalingkan tengkok ketika solat kecuali kerana keperluan. (Bukhari)
    2) Mengangkat padangan ke atas. (Bukhari)
    3) Bermain-main dengan rambut (mengurai-uraikannya) dan menyising hujung baju (seperti lengan) ketika solat. (Bukhari)
    4) Solat ketika makanan sudah dihidangkan yang mana hatinya teringin memakannya. (Bukhari & Muslim)
    5) Solat dalam keadaan menahan kencing atau menahan untuk buang air besar. (Imam Muslim)
    6) Solat dalam keadaan terlalu mengantuk. (Bukhari & Muslim)
    7) Solat seperti ditempat berikut : Ini kerana tempat tersebut dibimbangi ada najis dan sukar untuk mendapat khusyuk.
    Bilik air
    Jalan
    Pasar
    Kawasan perkuburan
    Gereja
    Tempat sampah
    Tempat unta duduk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge