Peristiwa Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Muharram

Peristiwa-Penting-Yang-Berlaku-Dalam-Bulan-Muharram.gif

Peristiwa Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Muharram

Peristiwa Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Muharram | Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan muharram. Alhamdulillah bertemu lagi kita, dengan azam yang baru dan niat untuk berhijrah kearah kebaikan. In shaa Allah semoga semua yang kita hajati di tunaikan oleh Allah s.w.t. Mari kita baca Peristiwa Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Muharram ini:

1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan ‘Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Nota Puteri: SubhanaAllah.. begitu banyak Peristiwa Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Muharram ini. Wallahualam.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Peristiwa Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Muharram”

  1. Setiap sehari tu ada peristiwa penting.. ikut urutan plak tu. Subhanallah…
    Aniqbukhary32 recently posted…Banyak-banyak tangga?My Profile

  2. vcore says:

    subhanallah….
    vcore recently posted…Suspek Tembak Pegawai AmBank DiremanMy Profile

  3. Abdul Hafiz says:

    Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharam. Pada tahun ni, iaitu 10 Muharam apakah yang akan berlaku?
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge