Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat

tanda-tanda-kiamat.jpg

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat | Seperti mana yang kita tahu dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi. Dimana yang paling terkini apabila kejadian yang menggemparkan di Yaman apabila munculnya bara api dari tanah, iaitu tanda Kiamat Fenomena Api Hijaz. Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham.

Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa.

Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan

1.1 – Islam ditegakkan semula

1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah

1.3 – Dakwah Rasullulah

1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

Kebangkitan Khalifah

2.1 – Wafatnya Rasullullah

2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

Kejatuhan Khalifah

3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia

3.2 – Perang Dunia 1 dan 2

3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal

3.3 – Umat Islam berpecah-belah.

3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.

3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.

3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak

3.6 – Penzinaan berleluasa

3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa

3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan

Perang Dunia Ketiga

4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan

4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat (roh Islam)

4.3 – Kemarau panjang

4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik

4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang

Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

Bala Bencana

5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana

5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.

5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam

5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah

5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.

5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Khalifah Islam Dilantik

6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji

6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah

6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)

7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. —– Pakatan Islam + Kristian menang

Peperangan Islam Dan Kristian

8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi

8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam

Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya.

Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)

9.1 – Rezeki melimpah ruah

9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat

9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat

9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)

10.1 – Turunnya Nabi Isa

10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa

10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa

10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa

10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi

10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung

10.7 – Kemenangan untuk Islam

Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)

11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.

11.2 Pembunuhan babi di muka bumi

11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya

*Kewujudan Yakjuj dan Ma’juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA

11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud

11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk

11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.

Wafatnya Nabi Isa

12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Kiamat Bermula

* Al Quran diangkat

* Nama Allah tidak disebutkan lagi

* Gempa Bumi Tiga penjuru

* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata

* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya

* Asap dari bumi — Sepertiman Yang berlaku Di Yaman sekarang ??

* Musnahnya Makkah dan Baitullah

* Semua Umat Islam dimatikan

* Matahari Naik di sebelah Barat — Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Terbit Dari Barat

* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk

* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet

* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan

* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail

* Mahsyar

SUMBER ARTIKEL : zaag2010
S
UMBER GAMBAR : Terowong Informasi

Wallahualam

Dimanakah kita sekarang? Apakah kita sudah dekat dengan KIAMAT? Harap dengan perkongsian ini kita mendapat sedikit banyak manfaat dan dapat memberikan kesedaran bagi mencapai redha Allah S.W.T sentiasa mengingati sesama ummat.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

20 thoughts on “Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat”

  1. perkongsian yang bagus.. meremang jugak bulu roma membaca. di level mana kita sekarang?? mari kita renungkan
    lekatlekitgurl recently posted…BILA BLOGGER RASA DIRI DIA HEBAT…My Profile

    1. tanda2 kecil kiamat semua dah berlaku.. tinggal tunggu tanda2 besar lg.. Masya Allah 🙁
      Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  2. baby comel says:

    Mati iu pasti. Tapi diri terlalu kerdil, ilmu dan amal tak pernah cukup diisi. Ya Allah
    baby comel recently posted…Lagu Tema Jodoh Itu Milik Kita | Takkan Terpisah (Black)My Profile

  3. vcore says:

    nice share…

  4. Anonymous says:

    hmm..nak tanye sikit ….mane Imam Mahdi ?

    1. Syafiq says:

      Jika masyarakat Jahiliyah yang jahil mendapat kasih sayang Allah swt melalui kedatangan Rasulullah saw, sudah tentu Allah swt yang lebih mencintai umat Nabi Muhammad saw akan menurunkan utusan-Nya sepertimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw iaitu dengan kedatangan Imam Mahdi yang akan memartabatkan ajaran Islam dan menyelamatkan umat Baginda saw.

      Kedatangan Imam Mahdi yang dijanjikan di akhir zaman (berakhirnya zaman gelap Islam) adalah penerus syariat Nabi Muhammad saw yang menyamai dan menyerupai peranan Nabi Isa as sebagai penerus syariat Nabi Musa as. Persamaan ini yang menyebabkan Rasulullah saw sering memisalkan atau menyebut Imam Mahdi sebagai Nabi Isa as. Hal ini dikeranakan pemahaman Baginda saw mengenai sebutan Isa ibnu Maryam itu merujuk kepada kedatangan seorang utusan tuhan yang memikul tugas yang sama seperti Nabi Isa as, Rasulullah saw bersabda: “Tidak syak lagi, hampir semua orang-orang yang hidup di antara kamu akan melihat dan bertemu dengan Isa anak Maryam. Dia juga menjadi Imam Mahdi” (Musnad Ahmad Hambal).

      Rasulullah saw juga bersabda “Bagaimana mungkin binasa satu umat di mana aku berada pada permulaannya dan Al Masih pada bahagian akhirnya”(Hujajul Karamah, II / 473). Nabi Muhammad saw amat menekankan kepentingan untuk umat Islam mendukung perjuangan Imam Mahdi kerana Baginda saw amat mengetahui perjuangan Imam Mahdi adalah untuk memenangkan Islam dan memartabatkan kemuliaan Baginda saw. Rasulullah saw bersabda: “Apabila kamu melihat Imam Mahdi maka segeralah kamu baiat, walaupun harus merangkak melalui rintangan salji kerana beliau itu Khalifahtullah Al Mahdi Allah swt.” ( Ibnu Majjah ).

      Oleh itu, umat Islam perlu menolak versi ulama ortodoks yang menggambarkan Imam Mahdi dengan begitu hebat kerana mampu memberi kemenangan yang cepat kepada Islam dan berkuasa “membunuh raksasa Dajjal, semua orang kafir dan khinzir serta mematahkan salib.” dalam masa yang singkat. Penafsiran demikian yang sebenarnya menghina Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw.

      Lebih mengelirukan lagi, mereka juga mengatakan Imam Mahdi dan Nabi Isa as akan bergabung untuk memenangkan Islam ketika hari menghampiri kiamat sedangkan orang Kristian mengatakan Nabi Isa as turun untuk memenangkan agama Kristian dan bukan agama Islam. Jika umat Islam percaya bahawa Imam Mahdi akan membunuh orang kafir dan memenangkan Islam maka jihad yang dilakukan oleh umat Islam pada hari ini dan dan akan datang akan menjadi sia-sia kerana kemenangan Islam hanya boleh dicapai dengan kedatangan mereka. Sekiranya penafsiran seumpama ini mahu dipercaya alangkah lebih baik umat Islam menunggu sahaja kedatangan Imam Mahdi tanpa membazirkan jiwa, tenaga dan wang mereka. Malah penafsiran tersebut juga bererti umat Islam akan terus dibuli dan dipermain-mainkan oleh kuasa-kuasa Dajjal untuk tempoh yang lebih lama sementara menunggu kedatangan Imam Mahdi. Apakah begini nasib agama Islam hanya diberikan kemenangan ketika dunia menghadapi kiamat kehancuran? Sedangkah Allah swt menjanjikan umat Islam sebagai “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia” (3:110). Ada sesuatu yang tidak kena dengan penafsiran tersebut, lebih-lebih lagi dengan mengambarkan Imam Mahdi lebih hebat daripada Nabi Muhammad saw di dalam memenangkan Islam.

      YANG LEBIH MENAKUTKAN IALAH NUBUWATAN YANG MULIA NABI MUHAMMAD SAW BAHWA UMAT ISLAM AKAN MENYAMAI UMAT YAHUDI KERANA JIKA NABI ISA BANI ISRAIL DIFITNAH DAN DIANIAYA OLEH ULAMA-ULAMA YAHUDI, MAKA NABI ISA YANG KEDUA AKAN DIFITNAH DAN DIANIAYA OLEH ULAMA-ULAMA DI DALAM UMAT ISLAM. ITU SEBAB NABI ISA II ATAU IMAM MAHDI DIKATAKAN AKAN MEMATAHKAN SALIB, KEDATANGANNYA AKAN MEMBONGKAR RAHSIA ATAU MISTERI PERISTIWA PENYALIBAN YANG BANYAK MENYESATKAN AKIDAH UMAT MANUSIA, BAIK KPD UMAT YAHUDI, KRISTIAN DAN ISLAM, ALLAH SWT MAHU MEMBANTERAS KESYIRIKAN AGAR AGAMA ISLAM TERPELIHARA KESUCIANNYA

  5. Kiamat itu pasti, tanda-tanda nya sudah terlihat kini, manusia masih melakukan kekejaman disana sini. Bila nak aman. Alhamdullillah aku mendiami negara yg aman,

  6. abbasy says:

    nice. mana dapat sumber ni? mungkin dari hadis ke alquran ke?

  7. pendekarhalilintar says:

    imam mahadi turun dahulu baru nabi isa..
    cuma diatas x ditulis…

    1. Syafiq says:

      Yang Mulia Nabi Muhammad saw adalah KHATAMAN NABIYYIN, NABI TERAKHIR PEMBAWA SYARIAT YANG SEMPURNA……KENAPA NABI ISA DIKATAKAN AKAN MEMENANGKAN ISLAM? SIAPA NABI ISA YANG SEBENARNYA DALAM KONTEKS DI AKHIR ZAMAN? AKHIR ZAMAN = ZAMAN HUJUNG KEMUNDURAN ISLAM. ISLAM AKAN DIMENANGKAN OLEH NABI ISA …MAKA AKHIR ZAMAN KEMUNDURAN ISLAM AKAN BERTUKAR ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM, SALIB AKAN PATAH KERANA ORANG BARAT AKAN BERDUYUN-DUYUN MEMELUK AJARAN SUCI NABI MUHAMMAD SAW.

      Nabi Isa Masih Hidup di Langit?

      Kini, timbul satu lagi persoalan dan perdebatan di antara ulama, ada ulama mengatakan Nabi Isa as masih hidup di langit dan ada pula yang menolak pandangan tersebut. Beberapa ulama terdahulu dan kini yang berpendapat Nabi Isa as telah wafat ialah Imam ar Razi, al Alusi, Ibn Hazm, Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Mahmud Shaltut, Syeikh Muhammad Rasyid Redha, Sayed Qutb, Syeikh Muhammad al Ghazali, Dr Ahmad Shalabi dan Professor Dr Hamka. Tetapi kebanyakan para ulama yang lain percaya bahawa Nabi Isa as masih hidup di atas langit dan akan turun ke bumi bergabung dengan Imam Mahdi bagi memenangkan Islam. Malangnya, pendapat ini hampir menyamai dengan agama Kristian kerana mereka juga mempercayai Nabi Isa as sebagai anak Tuhan yang masih hidup di langit dan akan turun ke bumi tetapi bagi memenangkan agama Kristian.

      Persoalan ini mengakibatkan masyarakat Islam menjadi bingung memikirkan yang mana satu pendapat yang betul? Masalah yang timbul di kalangan umat Islam sekiranya mereka mempercayai Nabi Isa as masih hidup, para mubaligh Kristian akan mudah memikat mereka untuk memeluk agama Kristian. Mereka akan berkata “agama kamu (Islam) mempercayai bahawa Nabi Isa as masih hidup di langit dan akan turun ke bumi, ini bermakna Nabi Isa as lebih mulia daripada Nabi Muhammad saw (wafat), lebih baik kamu memeluk agama Kristian.” Manakala ada pula pendapat yang mengatakan jika kita mempercayai Nabi Isa as sudah wafat bermakna kita juga menyokong akidah agama Kristian kerana mereka percaya Nabi Isa as wafat di tiang salib bagi menebus dosa manusia. Daripada kedua-dua pendapat ini, ada kelompok Islam yang berpendapat bahawa Nabi Isa as tidak wafat di tiang salib tetapi wafat seperti biasa selepas peristiwa penyaliban dan tidak diangkat ke langit dengan jasad atau tubuh kasarnya. Nampaknya pendapat ini yang paling berjaya “mematahkan salib” kerana membuktikan konsep penebusan dosa dan Nabi Isa as sebagai anak Tuhan adalah palsu. Allah swt sangat murka apabila ada manusia mendakwakan bahawa Dia memiliki anak melalui firman-Nya: “Hampir-hampir saja langit pecah kerana ucapan mereka itu dan bumipun terbelah dan gunung-gunung juga runtuh kerana mereka mengatakan Allah yang Maha Pemurah itu mempunyai anak!” (19:90-91).

      Ayat ini tersembunyi suatu rahsia bahawa Allah swt tidak akan mengangkat Nabi Isa as ke langit dengan tubuh kasarnya tetapi mengangkat darjat kerohanian Nabi Isa as ke tingkat yang tinggi kerana ulama-ulama Yahudi ingin memalukan Nabi Isa as agar beliau as mati di tiang salib sebagai seorang yang terlaknat. Allah swt berfirman: “Ketika Tuhan mengatakan: Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mematikanmu dan meninggikan darjatmu kepada-Ku dan membersihkan mu dari (tuduhan) orang-orang yang tidak beriman. Ku jadikan pengikut-pengikut mu lebih tinggi dari orang-orang yang tidak beriman sampai hari kiamat. Sesudah itu kepada-Ku tempat kembalimu. Nanti akan Ku berikan keputusan kepadamu tentang hal-hal yang kamu perselisihkan itu”(3:55).

      Mungkin ini salah satu lagi sebab mengapa Allah swt murka kepada umat Islam kerana tanpa disedari mereka secara tidak langsung mengakui Allah swt memiliki anak. Apa yang dikesalkan ialah ada golongan umat Islam yang begitu cepat mengkafirkan dan menyesatkan pihak lain apabila pandangan seumpama ini diberikan. Lebih membimbangkan lagi mereka tidak mahu berbincang mengenai perkara ini seolah-olah kefahaman mengenai kewafatan Nabi Isa as akan menjejaskan akidah mereka sebagai Islam sedangkan para ulama yang berpendapat Nabi Isa as telah wafat adalah berdasarkan Al Quran dan sabda-sabda suci Nabi Muhammad saw. Apakah mereka berani untuk mengatakan para ulama tersebut sebagai kafir dan sesat?

      1. manz says:

        Salam,memang nabi Isa Al Masih diangkat kelangit oleh Allah SWT tp dakwaan saudara yg mengatakan jika kita percaya maka mudaha utk mubaligh kristian utk memesongkn akidah umat islam saya tak setuju, kerana mereka (kristian) sendiri mengatakn yg Isa itu sudah mati disalib jd itu bukanlah poin mereka utk menarik org islam utk mnjd kristian malahan di dlm Al Quran pon ada mengatakn yg Isa itu masih hidup dan diangkat kelangit jd kita sbg umat islam juga patut percaya dgnnya.Isa yg akan turun diakhir zaman ini bknlah sbg rasul kerana Muhammad SAW tetap sbg Rasul dan Utusan terakhir juga penghulu segala rasul Isa turun sbg pembawa syariat yg telah dibawa oleh Muhammad SAW sblmnya maka dgn erti kata lain Isa turun sbg umat yg beriman dgn syariat Rasulullah SAW.

  8. Syafiq says:

    Untuk membunuh Dajjal, tiada jalan lain kecuali mengikut nasihat Nabi Yang Paling Mulia dan Agung Muhammad Mustafa (Terpuji) saw dengan melancarkan jihad intelektual bukan dengan jihad senjata dan kekerasan. Rasulullah saw bersabda: “Jika ia (Dajjal) muncul dan aku ada ditengah-tengah kamu, aku akan mengalahkan dia dengan Dalil. Dan, apabila ia muncul, sedangkan aku tak ada di tengah-tengah kamu, hendaklah tiap-tiap orang berbantah dengan dia” (HR Ath Thabrani dalam Al Kabir, Ibnu Asakir dari Hazrat Abdur Rahman bin Jabir ibnu Nufair r.h dari ayahnya dan dari datuknya ; dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38790). Kegagalan umat Islam mengikut nasihat Baginda saw menyebabkan mereka sering dikalahkan oleh Dajjal. Buktinya, sudah berapa lama kita berjihad berperang dengan menggunakan senjata melawan mereka? Selepas tragedi 11 September, ada orang Islam bergembira dengan serangan tersebut tetapi apakah peristiwa itu memberi kemenangan kepada Islam? Dajjal ini telah memerangkap masyarakat Islam dengan mengapi-apikan orang Islam dan kemudian mereka menanti sahaja pejuang Islam melakukan keganasan atau penyerangan ke atas mereka. Serangan ini digunakan sebagai alasan untuk menyerang habis-habisan dan membunuh semua orang Islam. Nampaknya sebilangan para ulama dan pemimpin Islam masih tidak nampak perangkap ini dan mereka terus mengajar dan menanamkan konsep jihad peperangan dengan beranggapan semua orang kafir sebagai syaitan dan harus dibunuh dengan kekerasan. Lebih memalukan lagi dalam konteks bangsa Palestin, mereka sesama sendiri tidak bersatu di antara FATAH dan HAMAS. Bagaimana mereka ingin meraih kejayaan dan kemenangan jika perintah Al Quran tidak dipedulikannya. Semua ini adalah kerana umat Islam masih meraba-raba mencari pemimpin rohani yang sejati untuk menyatukan umat Islam!
    Syafiq recently posted…APABILA USTAZ AZHAR IDRUS BERBOHONGMy Profile

  9. khairul nizam says:

    saya mahu tnya,apa maksud ‘Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang’…ada sape2 blh tlong jelaskan x??

    1. matdin says:

      Entahlah.Tak dapat pencerahan langsung.

      1. anon says:

        pemuda bani tamim dan pengikutnye bro… mreka adalah org yg akan mnyediakan tapak pemerintahan utk imam mahdi… wallahualam…

  10. muni says:

    meremang bca ni . info yg menarik . sgt menarikkk

  11. Sediakan diri dengan iman dan amal . 🙁
    Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  12. jupiter says:

    Jangan berdebat kat sini kalau tak tahu dan tak pasti. Tunggu sahaja kedatangan Nabi Isa. Berdebat tak guna yang penting kepercayaan kita kepada agama kita sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge