Penyampai JoHaRa Mohon Maaf Isu “Team Cap Ayam”

johara-isu-sarawak-cap-ayam.jpg

Penyampai JoHaRa Mohon Maaf Isu “Team Cap Ayam”KUALA LUMPUR: Penyampai Radio ERA FM bagi segmen, JoHaRa Pagi Era, Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray memohon maaf secara rasmi atas komen ‘cap ayam’ yang dilontarkan oleh mereka kepada Juara Liga Premier Malaysia, pasukan bolasepak Sarawak minggu lalu.

Dalam permohonan maaf mereka, Johan, Hanif dan Ray memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada penyokong pasukan bolasepak Sarawak kerana menyinggung perasaan mereka.

“Kami di JoHaRa Pagi Era memohon maaf atas keterlanjuran atas kata kata kami. Kami tiada niat untuk menyinggung penyokong Sarawak FA dam kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia kita,” kata JoHara ketika bersiaran pada jam 8.30 pagi tadi.

Malah, dalam Twitter ERAVAGANZA, juga telah dilampirkan juga aplikasi ‘Soundcloud’ permohonan maaf dari dari Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray.

Audio Penyampai JoHaRa Mohon Maaf Isu “Team Cap Ayam”

Selain itu, beberapa pengguna Twitter juga berharap agar dengan permohonan maaf ini, isu tersebut tidak diperbesarkan lagi dengan pelbagai ancaman termasuk ancaman bunuh kepada trio JoHaRa seandainya mereka melawat Sarawak.

Kenyataan kontroversi itu dikeluarkan setelah Sarawak tewas 1-2 kepada Perak pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia minggu lalu.

Penyampai berkenaan didakwa telah mengeluarkan komen bahawa pasukan Sarawak yang menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam‘ atau tidak berkualiti.

Malah mereka juga menyifatkan Sarawak adalah pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya mampu bermain di peringkat Liga Perdana.

Astro Awani

Dr Fuh – Hurm. Nampaknya setelah membaca komen-komen di youtube permohonan maaf JoHaRa kepada seluruh rakyat Sarawak, rasa marah penyokong-penyokong Sarawak FA masih lagi membuak-buak. Banyak komen negatif dilemparkan disana. Semoga perkara ini menjadi iktibar kepada kita semua tidak kira siapa pun kita, jangan sesekali menimbulkan isu sensitiviti kenegerian sebegini. Dan semoga rakyat Sarawak dapat memaafkan segala ketelanjura mereka itu. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya kan, apatah lagi kita selaku umatnya 🙂

Jadikan sukan sebagai pembentuk perpaduan, bukan sebagai gelanggang bertelagah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Penyampai JoHaRa Mohon Maaf Isu “Team Cap Ayam””

  1. anuar says:

    Inilah bahaya mulut. . Sebelum bercakap kena fikir terlebih dahulu supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. ..
    anuar recently posted…Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 Telah Di Buka JualannyaMy Profile

    1. Kena hati2 la lepas nie..
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  2. AbgferOz says:

    heeee… patot la kecoh ja.. kes terlepas cakap rupanya 🙂
    AbgferOz recently posted…Cara Solat Sunat DhuhaMy Profile

  3. Lepas nie kena hati2 la nak buat lawak tu. jgn sampai ada yg terasa lg. Dorang pun dah minta maaf. harap fans Sarawak maafkanlah.. Ngap Sayot!
    Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  4. vcore says:

    nk buat lawak fikirkn sensitiviti org lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge