Pengumuman Bonus Raya 2013 Kakitangan Awam

bonus-raya-2013-kerajaan.jpg

UPDATED Pengumuman Bonus Raya 2013 Kakitangan Awam

Bonus saguhati raya 2013 penjawat  awam RM500, pesara RM250

Merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Julai 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka

Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini

Sementara itu, di Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di negeri itu

Pemberian bonus itu meliputi 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini

Pengumuman Bonus Raya 2013 Kakitangan Awam | Seperti yang kita ketahui, esok akan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, Terengganu dimana pertandingan 2 penjuru antara Barisan Nasional Dan PAS yang masing-masing diwakili oleh Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan juga Azlan @ Endut Yusof. Sehubungan dengan itu, diwar-warkan juga esok akan diumumkan Bonus Raya 2013 oleh Perdana Menteri Najib Razak. Baca laporan penuh dibawah.

Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tiada angka yang cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan. Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan ada ditolak daripada jumlah yang sebenar. Minta lebih dapat kurang. Minta kurang? Dapat ________________

Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa dibulan Ramadhan. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan & menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.

Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF,kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.

Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.

Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013

Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :

  • Kakitangan Awam : RM500
  • Pesara Kerajaan : RM250

Pengumuman Bonus Raya 2013 

  • Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
  • Hari : Rabu
  • Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)

Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.

Berita Semasa dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat. Anda boleh semak penyata gaji secara online anda dengan menggunakan aplikasi e-penyata gaji.

P/S : Dan kepada peniaga pula, dengan adanya pengumuman bonus hari raya kelak janganlah ada peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.

PP/S : Tahniahlah mana-mana daripada anda di sini yang dapat bonus raya 2013 ataupun saguhati raya kali ini. Apa respon balas anda pula?

BeritaSemasa

Dr Fuh – Ingat, jangan terlalu berharap sangat. Ada rezeki In Shaa Allah 🙂

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Pengumuman Bonus Raya 2013 Kakitangan Awam”

  1. hafiz says:

    Kalau dapat alhamdulillah….
    hafiz recently posted…Wordless Wednesday 28 : Home made ikan bakarMy Profile

    1. kio says:

      kenaikan gaji yang mgikut gred cba bygkan klu kenaikan rm 50 cukupkh dgn 3,4,5 ank,cukup kah apa jasa felda sehingga di beri rm300,berbanding pesara yg dah btugas hampir 50 tahun hya rm 250,….plz lh pm bukalah lh mata dan minda sapa yang mendokong dasar kerajaan dan kerajaan kakitangan awam,yang setia dgn kerajaan ni kah dasar ekonomi baru,transformasi baru ..knp selangor boleh kerajaan x blh,,,

  2. jeannette says:

    Berapa pun bonus..terima je…huhu…lagipun gaji dah dinaikkan lebih awal…

  3. masssss says:

    hopefully ada la bonus raya tahun nie…kalau la dikatakan kewangan negara x berada dlm keadaan sihat, kenapa x gov hadkan tahap gaji seperti BR1m yg akan diberi kpd rakyat yg berpendapatan kurang dr RM3k… so boleh aplikasi dlm bonus raya 2013. bayangkan kalau kakitangan yg gaji b’ribu2x, dpt lak bonus setengah bulan gaji memang bajet tinggi la…komen????

  4. Wati says:

    Syukur kita pjwt awam dpt bonus…ada kakitgn swasta jgn kata bonus, kenaikn tahunan pun dah nk msk 5 thn x dpt…mengapa majikn depa tak pikiaq.. sian depa..ada yg ibu tggal..mcm mana nk sara keluarga..ishish..sedih sggh

  5. jeo says:

    Shopping kt bundle je la kite…

  6. jalai says:

    “negara dah aman dahla, apasai nak mintak bonus banyak2, nanti tunggu nak pilihan raya nanti la baru aku bg plak.. perbelanjaan berhemah tu penting, kalau ayam mahal kita boikot jangan makan ayam, apa susah?, raya makan tebu kan jimat duit” kata PM…

  7. jalai says:

    nak tambah sikit lg admin.. sapa nak beli spek ngan bag tangan lawatlah fb saya ‘kedai spek mega’… utk modal raya, jomlah pakat2 membantu menaikkan ekonomi sy sbagai penjawat awam ni..

  8. banibani says:

    dah duit takada itu sajalah duit banyak keluar masa PRU 13 le tu..

  9. ieda says:

    yeyeah..kita dapat angpau raya, bukan bonus okey..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge