Pendaki Gunung Everest Malaysia Meninggal Dunia – Innalillah

pendaki+everest+malaysia+fuh.my_.jpg

Pendaki Gunung Everest Malaysia Meninggal Dunia – Innalillah | NEW DELHI: Keadaan cuaca buruk telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Gunung Everest Malaysia, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal dan seorang lagi disahkan meninggal dunia.

“Proses membawa keluar mereka sedang diusahakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk memindahkan jenazah pendaki muda itu manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal,” kata seorang pegawai Malaysia di Kathmandu, Nepal.

Pendaki yang meninggal dunia ialah Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, kakitangan Perbadanan Putrajaya.

Kedua-dua pendaki mengalami penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) semasa dalam perjalanan ke kem pangkalan Gunung Everest dan seorang meninggal dunia pada 5 petang (waktu Nepal) pada Isnin, katanya kepada ketika dihubungi pada Selasa.

“Pintu keluar terdekat ialah Lapangan Terbang Lukla. Kami perlu tunggu sehingga keadaan cuaca bertambah baik sebelum kami boleh membawa balik jenazah dan rakyat Malaysia yang sakit teruk ke Kathmandu.”

Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Lukla, adalah sebuah lapangan terbang kecil di bandar Lukla, di Khumbu, daerah Solukhumbu, zon Sagarmatha, timur Nepal.

“Proses menghantar mereka pulang ke Malaysia hanya boleh dilakukan sebaik mereka berada di Kathmandu,” kata pegawai itu. – AWANI

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

9 thoughts on “Pendaki Gunung Everest Malaysia Meninggal Dunia – Innalillah”

    1. Datin Tyka says:

      sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah
      Datin Tyka recently posted…Review Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

  1. al-fatihah untuk arwah dan ahli keluarga

  2. bee says:

    Al-fatihah dan takziah
    bee recently posted…Lukisan Bibir Yang ComelMy Profile

  3. sayidah says:

    innalillahhh..
    sayidah recently posted…IT’S ALL ABOUT .. ROKOK !My Profile

  4. Ummar Farouk says:

    Walaupun aku ketinggalan sedikit mengikut perkembangan berita, namun belum terlambat lagi utk aku ucapkan takziah kpd keluarga Allahyarham dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah…
    Ummar Farouk recently posted…Melihat Kehidupan Kita Dari Kaca Mata Sang PenciptaMy Profile

  5. Datin Tyka says:

    mati syahid mereka ni.. Al-Fatihah
    Datin Tyka recently posted…Review Muka Blog Baru DenaihatiMy Profile

  6. kucinghitam says:

    al fatihah buat keluarga arwah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge