‘PEMATAH HATI’ CECAH 2 JUTA DALAM 5 HARI – NABILA RASA SYUKUR, GEMBIRA

nabilabefdei.jpg

“Alhamdulillah sudah tentu saya sangat gembira apabila ‘Pematah Hati’ mendapat dua juta tontontan hanya dalam masa lima hari!

“Ini semua tidak akan terjadi tanpa sokongan peminat dan pengarah muzik video itu kerana berjaya merialisasikan apa yang saya impikan,” kata Nabila Razali, 25, yang tidak sangka muzik video ‘Pematah Hati’ berjaya mendapat perhatian peminat dalam masa yang singkat.

Kejayaan manis buat penyanyi dan pelakon itu apabila muzik video single terbaharunya itu mencecah tontonan 2 juta hanya dalam masa lima hari ia dilancarkan pada 28 November lalu.

Muzik video yang diarahkan oleh dua pemuda berasal dari Romania yang menggelar diri mereka sebagai Storytellrs itu kini selesa menduduki tempat pertama carta Paling Ditonton di Youtube.

Melahirkan rasa gembira dan syukur atas pencapaian itu, Nabila berkata, lagu tersebut bukan sekadar mengisahkan tentang kekecewaan gagal dalam percintaan tetapi diharap dapat dijadikan sebagai motivasi kepada wanita agar tidak bersedih selepas ditinggalkan kekasih.

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada peggubah dan penulis lirik lagu itu, Hael Hussaini dan Ezra Kong yang bejaya mencipta sebuah lagu yang berjaya mencipta satu genre muzik yang baharu.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada Hael dan Ezra yang berjaya cipta satu genre muzik baru dan segar dalam lagu tersebut. Bagi saya, salah satu sebab orang suka dengan lirik lagu ini yang menarik,” ujarnya.

Menurutnya lagi, video yang diberi sentuhan bertaraf antarabangsa itu disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu.

sumber

The following two tabs change content below.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge