Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

Pegawai-Bank-Maut-Ditembak-Pengawal-Keselamatan.jpg

Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan | Berita tergempar Noazita Binti Abu Talib, Pegawai Bank maut ditembak oleh Pengawal Keselamatan. Kerakusan manusia yang tidak berhati perut ini sanggup melepaskan tembakan demi memenuhi hawa nafsu yang membuak-buak. Baca berita selanjutnya:

SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan ‘pump gun’ itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.

sumber

Nota Puteri: Kalau dah kesempitan hidup pun, jangan lah sampai membunuh nyawa yang tak bersalah. Sedih sangat Puteri baca berita pagi nih, harap pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dia telah lakukan.  Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, dari Dia kita datang dan kepada Dia kita pulang. Al- Fatihah buat arwah .

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan”

  1. Al-fatihah buat arwah . Semoga ditempakkan bersama orang yan solehah
    Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  2. akak pelik sikit kenapa sampai nak membunuh sedangkan kalau dia ugut dengan senjata pun orang dah tak berani nak melawan lagi2 perempuan. Moga penjenayah kejam ni cepat di tangkap & di jatuhi hukuman.
    lekatlekitgurl recently posted…GAMBAR PAK GUARD YANG MEMBUNUH PEGAWAI BANK DAN MEROMPAKMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge