Pasangan Blogger Lucah Alvin Vivian Bakal Terima Padah!

alvin-dan-vivian.jpg

Pasangan Blogger Lucah Alvin Vivian Bakal Terima Padah! | Fuh!! Makin menjadi-jadi pasangan blogger lucah Alvin Vivian ni. Berani mempermain-mainkan kesucian agama Islam. Lepas tu dah mula sedar tindakannya amat dikecam bukan sahaja oleh umat Islam malah kaum Cina sendiri, mula lah mereka menggelabah nak cover line kononnya bergurau. Kalau begitu cara korang bergurau, korang terima lah padahnya nanti! Tindakan akan diambil! baca selanjutnya laporan penuh dari akhbar Sinar Harian.

Pasangan Blogger Lucah Alvin Vivian Bakal Terima Padah!

SEREMBAN – MCA negeri membuat laporan polis, semalam berikutan tindakan pasangan blogger, Alvin Tan dan Vivian Lee yang telah mencetuskan kontroversi menerusi foto dipaparkan dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Thiam berkata, pihaknya amat kecewa dengan kelakuan pasangan tersebut dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak rasional.

“Bagi kita, ini bukanlah satu perkara lucu yang boleh dibuat main-main. Mereka tidak sepatutnya menghina umat Islam yang sedang menjalani ibadah berpuasa.

“Perbuatan mereka telah menimbulkan kemarahan ramai pihak, termasuk di kalangan kaum Cina sendiri. Sekiranya dibiarkan, kita khuatir akan menjejaskan perpaduan antara kaum dan menimbulkan masalah lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan di Balai Polis Jalan Campbell, dekat sini, semalam.

Kata Chai Thiam, beliau berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pasangan terbabit supaya menjadi contoh, sekaligus amaran kepada orang lain agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Terdahulu, pasangan blogger berkenaan yang turut mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila memaparkan aksi seks mereka dalam laman blog, telah mengepos satu foto memaparkan mereka sedang menikmati juadah tidak halal sambil mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam.

Turut tertera, logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada sudut bawah kiri gambar berkenaan. – Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

9 thoughts on “Pasangan Blogger Lucah Alvin Vivian Bakal Terima Padah!”

    1. kucinghitam says:

      tu la bila bagi muka mcm nie
      kucinghitam recently posted…LANA NORDIN NAFI KENA TANGKAP TAK PUASAMy Profile

  1. kucinghitam says:

    mcm bodo ja couple dua nie meroyan
    kucinghitam recently posted…LANA NORDIN NAFI KENA TANGKAP TAK PUASAMy Profile

    1. Atiqa anuar says:

      haha sabar kucing hitam. puasa , puasa~
      Atiqa anuar recently posted…Review Product : Juliana Francoise BB White Serum From HiShopMy Profile

  2. Atiqa anuar says:

    rasanya kalau nak kontroversi, jadilah artis.. pastu masuk melodi. haihhh~
    nasib baik fuh.my best. bebas dari entry lucah ke ape.. sesuai dengan umur kita. hihi
    Atiqa anuar recently posted…Review Product : Juliana Francoise BB White Serum From HiShopMy Profile

  3. Yana Sakura says:

    Huh!! Ape nk jd la dorg bedua nie..memalukan kaum sndri..dah tu main2kn Islam pulak..nseb puasa.. Sabar je la..geram sungguh dgn dorh neh..hurm.. Gugat kesucian Islam lak tu..Huhu
    Yana Sakura recently posted…Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-MubarakMy Profile

  4. lili says:

    aritu da kne tikam pun xsedor lg…seb bek xmmpos je..

  5. lahabau says:

    ko nak lagi kelakar ke?….nanti tunggu kdn sumvat ko dlm lokap….

    mana ye mufti2?….ketua agama Islam?….mana polis dan tentera?….mana pm tpm dan suku sakat nyer?….mana perkasa?….mana jakim?….mana pas pkr umno?…..

    mana hangpa semua?..buat2 buta dan pekak….

    aku cadangkan dgn serta merta alvin dan vivian ditangkap atas akta hasutan dan keselamatan dlm negeri krn menggugat org melayu dan Islam….

    kalo tak tangkap cina celaka ni esok lusa ada lagi yg sesuka hati nak buat lawak….pi le buat lawak dlm lokap!

    dia minta maaf ke apa ke lantak le….yg pasti dorang berdua harus disumbat ke lokap dan disebat sebagai pengajaran dan ingatan kepada semua bangsa dan agama lain agar tidak mempersendakan melayu dan Islam!

    nih katergori cina2 bangsat nak populariti murahan mcm namawee binawey….

    lahabau nyer cina 2 ekor nih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge