Panduan Permohonan Dan Kemaskini BRIM Online 2018

br1m-2018.jpg

Panduan Permohonan Dan Kemaskini BRIM Online 2018

Panduan Permohonan Dan Kemaskini BRIM Online 2018 | Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan dan mengambil peduli terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan

Kenaikan kadar BRIM 2018 bagi tahun diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung di Parlimen.

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BRIM berdasarkan kriteria ditetapkan

Panduan Permohonan Dan Kemaskini BRIM Online 2018

PENDAFTARAN DAN PEMOHON BARU DAN KEMASKINI MELALUI EBRIM

Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai atau jumlah bantuan kewangan yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BRIM

Kategori Isi Rumah Dan E-Kasih

RM 1500
Pendapatan Kasar Bulanan: RM3,000 dan kebawah (termasuk warga emas)

Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)

Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:

Berkahwin Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang (Janda, Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan / kemaskini BRIM 2018
RM 900
Pendapatan Kasar Bulanan: RM3,000 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)

Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)

Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:

Berkahwin Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang (Janda, Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun k eatas
RM450
Pendapatan Kasar Bulanan: RM2,000 ke bawah

Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)

Individu (bujang)

Berumur 21 tahun ke atas
Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BRIM 2018 bagi kategori Bujang
Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BRIM atau pemohon yang telah disahkan gagal dalam permohonan sebelum ini dan sekiranya menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh mengemukakan permohonan baharu BRIM.

Maklumat dan butiran cara permohonan boleh rujuk kepada ruangan yang tersedia seperti berikut

PERMOHONAN BRIM ONLINE 2018 (EBRIM)

Peringatan! permohonan BRIM online 2018 hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BRIM tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih Pemohon dinasihatkan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan.

Perkara Butiran
Tarikh rasmi permohonan dibuka Disember 2017

Panduan Penggunaan Sistem Aplikasi Permohonan Secara Online (Pemohon Baharu) BRIM Baca Panduan Pengguna Sistem Aplikasi Dan Permohonan Baru E-BRIM 2018
Pautan Portal Rasmi E-BRIM https://EBRIM.hasil.gov.my
*Penting! Sila kemukakan permohonan dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat pemohon

Panduan Permohonan Dan Kemaskini BRIM Online 2018

PERMOHONAN BRIM MANUAL (GUNA BORANG)

Perkara Butiran
Tarikh borang diedarkan 5 Disember 2018
Borang boleh didapati melalui
Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
Jabatan Pembangunan Persekutuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Muat turun Borang Permohonan Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018

Tindakan Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar keCawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir permohonan ditutup iaitu pada 31 Disember 2018
Pautan Portal Rasmi E-BRIM https://EBRIM.hasil.gov.my
Bagaimana Dengan Penerima BRIM Sedia ada?

Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BRIM Online 2018 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan

Penerima BRIM sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BRIM sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi ataupun membuat permohonan baharu untuk BRIM Online 2018

Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat

Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini.

Disyorkan

Pemohon baru dan penerima BRIM sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran

Saranan itu bertujuan supaya penerima BRIM yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran

Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan).

Incoming search terms:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge