Panduan Memberi Nama Anak Dalam Islam

bayi-muslim-keren.jpg

Panduan Memberi Nama Anak Dalam Islam

Panduan Memberi Nama Anak Dalam Islam | Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut. Dalam masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut;

a) Disunatkan memberi nama-nama yang baik dan elok kerana Rasulullah SAW bersabda:

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu semua akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ

“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)

c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya. Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Rasulullah SAW telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.

i) Sabda Baginda SAW:

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

ii) Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah SAW. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi SAW dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’, lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Muhammad.” Lantas Rasulullah SAW menjawab:

تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ

“Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (iaitu Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu.” (Riwayat Imam Muslim)

Wallahualam

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Panduan Memberi Nama Anak Dalam Islam”

  1. bagi nama yang baik tapi tak perlu berkajang2. Sebab kita akan panggil dengan nama pendek jer.. takde kita panggil nama panjang2 yang kita bagi. Tak payah ikut trend sangat la.. kan??
    lekatlekitgurl recently posted…GAMBAR ANAK WAWA ZAINAL & ARIEL ZAFRELMy Profile

  2. mselim3 says:

    Assalammualaikum.. fuh,

    Terima kasih .. perkongsian nie. Insaallah nama anak kena letak baik3 agar mewarisi sikap dan peribadi yg mulia macam rasullulah saw…

    mselim3
    mselim3 recently posted…5 Sebab Kenapa Hati Menjadi KerasMy Profile

  3. Ammar says:

    Harap-harap dengan nama yang baik menjadikan seseorang itu baik seperti namanya.
    Ammar recently posted…Kisah Misteri Pulau Hashima (Menarik!)My Profile

  4. Rina says:

    Bagaimanapun nama adalah sebuah doa dari orang tua pada anaknya, jadi sebagai orang tua harus bijak memilihkan nama2 yang bagus buat anak2 mereka
    Trims atas ulasannya, sangat bermanfaat
    Rina recently posted…Create PHP PDO To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database TableMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge