Panduan Makanan Sihat Untuk Kesuburan Wanita Hamil

makanan-untuk-kesuburan-wanita.jpg

Panduan Makanan Sihat Untuk Kesuburan Wanita Hamil | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu ruangan soal jawab di laman Utusan Malaysia. Ada seorang wanita bertanya berkenaan makanan untuk kesuburan wanita hamil. Soalannya berbunyi begini:

APAKAH makanan terbaik bagi wanita yang belum hamil untuk menguatkan rahim, memperbanyakkan telur matang, subur dan cepat hamil? Apakah pula jenis makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang belum hamil demi menjaga kesuburan, telur dan rahim?

Saya juga ingin tahu mengenai makanan terbaik untuk ibu hamil dan makanan yang harus dielakkan oleh mereka. Adakah sebarang vitamin untuk ibu hamil bagi mendapatkan anak bijak dan sihat sejak dalam kandungan lagi?

Allia, Johor.

Dan ini pula jawapannya

Pemakanan segar dan berkhasiat yang diambil berpandukan keperluan kalori serta mengikut piramid makanan adalah pilihan terbaik.

Istilah ‘menguatkan rahim’ adalah tidak tepat atau pasti kerana rahim terbentuk daripada tiga lapisan otot yang sememangnya kuat untuk mengembang sepanjang kehamilan dan mengecut sewaktu kelahiran serta kembali kepada saiz asal dalam waktu berpantang.

Mungkin apa yang dimaksudkan adalah lapisan terdalam rahim yang menyalurkan makanan kepada kandungan. Sewaktu kehamilan, lapisan endometrium ini dinamakan desidua, namun kemudiannya bekalan makanan janin bergantung kepada uri dan ibunya. Begitu juga dengan persoalan mengenai makanan yang membanyakkan telur matang. Wanita dilahirkan dengan sejumlah telur yang tidak akan bertambah lagi bilangannya. Pada setiap kitaran haid bagi wanita subur, hanya satu sahaja telur matang manakala sekumpulan yang lain akan mengalah dan pupus. Keadaan ini berlaku sehingga menopaus yang mana tiada lagi telur dikeluarkan.

Pengambilan ubat hormon kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormon berkenaan. Tanpa ubat hormon kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kitaran terbabit.

Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih banyak berlaku kepada wanita yang berusia, tanpa mengira pemakanan mereka.

Amalan mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya dari sudut perubatan moden belum terbukti.

Pada pendapat saya, tidak salah mengelakkan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukan makanan ruji kita iaitu tidak menjadikan kita kempunan atau kebuluran jika tidak mengambilnya.

Keperluan vitamin juga seharusnya mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan menerusi air kencing atau najis.

Namun bagi sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan dan memberi kesan negatif kepada sifat janin, contohnya vitamin A.

Saya percaya, amalan kesederhanaan perlu dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan. Anak yang sihat dan bijak tidak semestinya datang daripada formula makanan ibunya. Tidak semua adik-beradik sesuatu keluarga (yang dikandung dan dibesarkan oleh ibu yang sama) mempunyai tahap kepintaran yang sama.

Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain

Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)

Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Panduan Makanan Sihat Untuk Kesuburan Wanita Hamil”

  1. Would an fake NVQ qualification in carpentry or horticulture get you a job with a small
    company?
    carpenters exeter recently posted…carpenters exeterMy Profile

  2. Mazni Azmi says:

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    RAMAI SUAMI ISTERI SUKAR HAMIL SEKARANG
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Terima kasih banyak banyak atas artikel yang sangat berguna dan berkualiti ni.
    Memang Mazni setuju dengan semua point diatas

    Hehe, sebab yang cakap tu pun Dr pakar USM kan.
    Masalah kehamilan memang banyak disebabkan makanan

    Contohnya, salah satu punca utama kurang subur adalah
    1) UMUR
    2) BERAT BADAN
    3) AMALAN HIDUP

    Berat badan yang terlalu ringan dan terlalu berat akan jejaskan kesuburan.
    Tak cukup zat kalau kurus, gemuk pula lemak kurangkan kecekapan
    badan untuk membiak.

    Mazni juga dapat nasihat yang sama dar Dr pakar perbidanan
    iaitu vitamin A tak elok diambil berlebihan semasa hamil

    Boleh sebabkan kecacatan pada janin.
    Terima kasih sebab highlight perkara ni. Sebab saya pun sedang hamil
    3bulan

    Lagipun ibu hamil ni banyak yang ada masalah morning sickness.
    Elok ambil vitamin dan makanan tambahan.

    Jemput baca 4 makanan yang amat bagus diambil ibu hamil, klik dibawah
    =======================================
    4 KELAS MAKANAN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL DAN MENGANDUNG
    =======================================

    Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
    (\/)
    (=’.’=)
    (“)_(“)
    Mazni Azmi recently posted…Berkesan Set Kehamilan Shaklee | Tips Berharga Kekal Sihat Bertenaga Semasa MengandungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge