Nama Peminjam PTPTN Akan Disenaraikan Dalam CCRIS

ptptn-ccris.jpg

Nama Peminjam PTPTN Akan Disenaraikan Dalam CCRIS | Haa. Kes ni la yang Dr Fuh gembar-gemburkan sebelum ni. Dah tau apa itu CCRIS? Kalau belum tahu silalah tekan pada link yg Dr Fuh pautkan tu ye. Disini ada laporan yang Dr Fuh peroleh hasil perkongsian dari blog sahabat Dr Fuh ooo.my.

Bermula bulan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).

Ketahui Apa Itu CCRIS. Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Pinjaman PTPTN. CTOS. Senarai Hitam

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.

Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.

“Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka,” kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.

Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.

Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.

Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus. – THESTAR.COM.MY

Dr Fuh – So Dr Fuh nasihatkan yang mana ada buat pinjaman dengan PTPTN tu silalah buat pembayaran mengikut perjanjian yang ditetapkan. Kalau tak nanti susah korang nak buat loan rumah, loan kenderaan, loan peribadi dan lain-lain. Nak buat macam mana kan, dah RAKYAT MALAYSIA pilih untuk membebankan diri sendiri dengan pembiayaan pelajaran. Tu la, orang nak bagi free tak nak. Hmm.. Apa pula kata anda?

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

7 thoughts on “Nama Peminjam PTPTN Akan Disenaraikan Dalam CCRIS”

  1. kena check nama nie kot ler sangkut lagi..
    Kisah Si Dairy recently posted…Insaflah wahai anakMy Profile

  2. akubiomed says:

    Nampaknya peminjam PTPN tidak ada pilihan untuk berusaha membuat pembayaran.
    akubiomed recently posted…Membidik Silvery Lutung di Bukit MelawatiMy Profile

  3. Nasib baik ena under JPA.. kalau tak mesti pening kepala dengan semua ni
    Ainaa Roseberry recently posted…KAMPUNG KUMy Profile

  4. Anuar says:

    Bahaya ni.. Lepas ni susah nak apply loan nak beli rumah…
    Anuar recently posted…Senarai Peserta Terkini Contest SEO MyKad Smart ShopperMy Profile

  5. zyra roxx says:

    i don’t want to live in this planet anymore :/
    zyra roxx recently posted…Hilangkan Kentut BerbauMy Profile

  6. fizizaidi says:

    lol..satu family bakal disenaraikan…
    fizizaidi recently posted…Adakah Korang Workaholic?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge