Misteri Tandas Terkunci 3 Hari Akhirnya Terungkai

mayat-tandas.jpg

Misteri Tandas Terkunci 3 Hari Akhirnya Terungkai | BATU FERRINGHI – Penemuan mayat seorang lelaki mengungkai misteri sebuah tandas berkunci selama tiga hari di sebuah stesen minyak di sini, semalam.

Salah seorang kakitangan berkata, ia adalah kejadian pertama kali yang berlaku di situ sejak stesen berkenaan dibuka dua tahun lalu.

Menurutnya, salah seorang rakannya terhidu bau busuk dari dalam tandas berkenaan dan berasa tidak sedap hati.

“Lalu kami mengambil langkah memecahkan pintu tandas kerana ia terkunci dari dalam tandas.

“Rupa-rupanya ada mayat dalam tandas tersebut dan kelihatan sudah lama kerana mukanya seperti kebiru-biruan, kemudiannya kami menghubungi anggota polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Kakitangan tersebut turut memaklumkan kerja pembersihan tandas dilakukan setiap hari tanpa gagal.

Namun ketika kerja pencucian hendak dilakukan, pekerja pembersihan mendapati salah satu tandas berkenaan dikunci dari dalam dan menyangka ada orang yang sedang menggunakannya.

Tambahan pula, stesen berkenaan sememangnya menjadi tumpuan berikutan terletak berhampiran restoran makanan segera 24 jam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa, Wong Nun Hwa, 42, dari Mount Erskine itu didapati mati akibat penyakit sawan.

Menurutnya, tiada unsur jenayah direkodkan dan mangsa hanya mati disebabkan serangan sawan berkenaan. – Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

7 thoughts on “Misteri Tandas Terkunci 3 Hari Akhirnya Terungkai”

  1. menemui ajal dalam keadaan macam tu…

  2. hafiz says:

    Mesti berhantu tandas ni hihihi
    hafiz recently posted…Top komentator September 2013My Profile

    1. Cnfm berhantu punyalah.. jgn risau.. kih3
      Aniqbukhary32 recently posted…Seakan tak percaya terlihat kelibat Mona Fendi di DamansaraMy Profile

  3. kucinghitam says:

    eee tau kat mana toilet petronas kat tepi mcd nite market la tu hehehe xmau pi la
    kucinghitam recently posted…SHILA AMZAH PERNAH KENA PUKUL KEKASIH?My Profile

  4. amir zahari says:

    3 hari mayat dh teruk macamtu.. hmm berapa kali seminggu cleaner tu cuci tandas?
    amir zahari recently posted…Silence Day Of Wednesday #33 – Tanjung Biru, Port DicksonMy Profile

  5. Betul ka gambar tu? Ngeri jgk tgk.. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan yg baik2.. Amin
    Aniqbukhary32 recently posted…Kalaulah haiwan pun ada Facebook dan twitterMy Profile

  6. kucinghitam says:

    hihi toilet petronas kt nite market

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge