Misteri Kewujudan Kubur Di Ladang Getah Masih Belum Terungkai

misteri-kubur.jpg

Misteri Kewujudan Kubur Di Ladang Getah Masih Belum TerungkaiJarang sekali kedengaran tanah perkuburan terbiar di kawasan tanaman pokok getah. Kebiasaannya kubur hanya terletak di kawasan yang telah ditentukan seperti tanah wakaf dan sebagainya.

Namun, itulah yang berlaku di sebuah perkampungan di Mata Air berhampiran Bukit Payung, di sini. Penduduk kampung, Hanafi Saad, 80, berkata, misteri dan sejarah tanah perkuburan itu masih bermain diminda sejak dia mula tinggal di situ.

Katanya, walaupun dia dilahirkan di perkampungan tersebut, tetapi sejarah asal tanah perkuburan itu masih menjadi persoalan orang ramai.

Misteri Kewujudan Kubur Di Ladang Getah Masih Belum Terungkai

Gambar sekadar hiasan

“Apa yang saya tahu, sejak dila-hirkan lagi, tanah perkuburan itu sudah wujud. Dianggarkan sudah melebihi 80 tahun yang lalu.

“Bagaimanapun, sejarah asal mahupun misteri tanah perkuburan itu masih belum terjawab,” katanya kepada Sinar Harian.

Hanafi berkata, pada asalnya, tanah perkuburan itu adalah tempat pengebumian jenazah penduduk kampung berkenaan.

“Pada tahun 1980, apabila masjid baru dibina, semua jenazah baru akan dikebumikan di tanah perkuburan di masjid berkenaan.

“Sebab itulah tanah perkuburan tersebut terbiar. Itu yang saya tahulah..,” katanya.

Katanya, bagaimanapun, mesti ada sejarah dan sebab tertentu kenapa tanah perkuburan boleh terdapat di kawasan tanaman pokok getah sejak sekian lama.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan berkenaan bersama seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam mendapati kedudukan tanah perkuburan itu berada jauh lebih 2 kilometer dari jalan raya ataupun kawasan perkampungan.

Hasil pemerhatian, terdapat beberapa keunikan dan tanda tanya yang bermain di minda berikutan kawasan perkuburan yang terbiar itu berada dalam kawasan berpagar dan beberapa batu nisan yang tidak mempunyai ukiran nama mahupun tarikh kematian. – Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

7 thoughts on “Misteri Kewujudan Kubur Di Ladang Getah Masih Belum Terungkai”

  1. ini tanah perkuburan org dulu-dulu kot zaman-zaman kesultanan di tahan melayu… mana nak tau kot2 baru ternampak…

  2. onlajer says:

    Apa nak pelik bro zaman dulu memang orang menguburkan pada tanah milik sendiri zaman sekarang je orang menguburkan di kawasan wakaf bagi memudahkan perancangan
    onlajer recently posted…Panduan Berpuasa Bagi Pesakit DiabetesMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Mungkin kedudukan kawasan wakaf tu jauh, itu pasal diorang kuburkan kat kawasan tanah berhampiran.
      Ummar Farouk recently posted…Bom Kereta Telah Menyerang Bandar Utara Aleppo, SyriaMy Profile

  3. bumblebee says:

    gambar kubur tu kat Kuala lipis, pahang..depan pasaraya aktif..kubur zaman penjajah

  4. Abdul Hafiz says:

    Diaorang taknak pindahkan kubur tu ke? Mesti seram bila malam2.
    Abdul Hafiz recently posted…Bobby Gonzalez sah menyertai PDRM FCMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge