Mengeratkan Silaturrahim Sesama Islam

jabat-tangan.jpg

Mengeratkan Silaturrahim Sesama Islam | Riwayat: Bukhari dan Muslim, lafaz bagi Bukhari

Hadith: Daripada Abdullah ‘Amru bin al-‘As R.huma katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda secara terang-terangan bukan rahsia, “Sesungguhnya kaum keluarga abi fulan (keluarga Abu Talib atau Abu al-‘As bin Umayyah) tidak menjadi kekasih ku, tetapi yang menjadi kekasih ku ialah Allah dan orang-orang mukmin yang soleh. Walau bagaimanapun bagi mereka ada hubungan silaturahim nescaya aku akan menyirami dengan airnya (aku menghubungkan silaturahim)”.

Huraian Hadith:

Rasulullah SAW sentiasa mengambil berat mengenai hubungan kekeluargaan.
Hubungan silaturahim hendaklah direstui dan diberi sokongan sepenuhnya.
Silaturahim tidak hanya terbatas kepada golongan yang beriman dengan Allah sahaja tetapi boleh diperluaskan kepada golongan-golongan yang lain.
Islam meletakkan hubungan silaturahim di puncak untuk mewujudkan perpaduan di kalangan manusia.
Tidak ada ikatan kasih sayang sebagai pelindung antara Muslim dengan kafir, walaupun harus menghubungkan silaturahim antara keluarga yang tidak memerangi Islam. Ikatan kasih sayang sebagai pelindung hanya buat sesama Muslim.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin (JAKIM) – Eratkan Silaturahim Sesama Muslim.

Kita sebagai umat islam yang bersaudara antara satu sama lain perlulah Mengeratkan Silaturrahim Sesama Islam. Kerana tiada guna kita sebagai islam tetapi kita tidak rapat. Lagi janggal apabila orang yang beragama lain boleh rapat dengan agama islam sedangkan kita saudara sendiri ? Fikir fikirkan lah dan selamat beramal.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge