Mencuri Di Masjid Untuk Membeli Dadah

image7.jpg

Mencuri Di Masjid Untuk Membeli Dadah | KUANTAN – Dua lelaki dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mencuri wang tunai dalam tabung Masjid Cenderawasih di sini, awal pagi kelmarin.

Tertuduh, Mohd Irwan Uyup, 32 berasal dari Felda Kepis, Bahau Negeri Sembilan dan Mohd Hanafi Mustafa, 24 dari Taman Balok Baru di sini difahamkan mencuri wang tunai RM122.20 itu untuk membeli dadah.

Dalam rayuan sebelum itu, Mohd Irwan yang bekerja kilang dengan pendapatan RM700 sebulan memilih untuk membayar denda bagaimanapun merayu agar jumlahnya dikurangkan.

Mohd Hanafi yang tidak bekerja dan masih ditanggung keluarga juga membuat rayuan serupa.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari memohon mahkamah mengenakan hukuman berat ke atas kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan mereka berlaku dalam masjid.

Menurutnya, tertuduh yang beragama Islam tergamak melakukan perbuatan itu tanpa mengira kesucian rumah ibadah itu selain wang yang dicuri adalah hasil derma orang ramai.

“Paling dikesali tertuduh mengaku di hadapan pegawai penyiasat kes bahawa mereka mencuri wang itu untuk membeli dadah,” katanya.

Hujah pihak pendakwaan disokong Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali kerana baginya, perbuatan mencuri dalam masjid satu perbuatan yang hina.

“Sebaliknya kamu boleh berpakat untuk mencuri wang tabung masjid itu.

“Walaupun tiada rekod kesalahan lampau, kamu selayaknya dihukum penjara dan di sana nanti kamu fikir sebaik-baiknya terhadap perbuatan yang dilakukan ini,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh secara bersama didakwa memasuki Masjid Cenderawasih, Lorong Bukit Setongkol 11, Perkampungan Cenderawasih di sini kira-kira jam 4 pagi, 11 Januari lalu bagi tujuan mencuri wang tabung masjid.

Perbuatan mereka bagaimanapun disedari orang awam apabila ternampak lampu masjid yang terpasang tiba-tiba dipadamkan.

Pengadu dalam kes itu membuat tinjauan dan mendapati dua lelaki (tertuduh) sedang mengorek tabung masjid menggunakan dawai.

Pengadu meminta bantuan dan berjaya menahan kedua-dua tertuduh dalam tandas ketika sedang mengira wang hasil kerja haram mereka.

Tertuduh kemudiannya diserahkan kepada polis untuk siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam sebutan kes itu semalam, wang tunai seperti jumlah dinyatkan dan segulung dawai halus berwarna hijau dikemukakan sebagai bahan bukti dan diakui tertuduh sendiri.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge