Menakjubkan! Arnab Sama Besar Dengan Tuan.

Menakjubkan! Arnab Sama Besar Dengan Tuan.

Menakjubkan! Arnab Sama Besar Dengan Tuan. | Ini bukan anjing, mahupun anjing laut. Tetapi ia merupakan seekor arnab yang dipercayai antara terberat di dunia. Arnab yang diberi nama Ralph ini, dikatakan mempunyai berat melampau gara-gara pemakanannnya yang luar biasa. Sungguh unik dan luar biasa. Seperti manusia pula kan. Makan banyak badan akan menjadi gemuk. Jom lihat gambar di bawah ini.

Menakjubkan! Arnab Sama Besar Dengan Tuan.

London: Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.

Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. “Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.

“Walaupun begitu, Ralph sihat,” katanya.

Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.

“Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya,” katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.

Sumber

Incoming search terms:

Comments

comments

2 thoughts on “Menakjubkan! Arnab Sama Besar Dengan Tuan.”

  1. boleh ganti teddy bear buat teman peluk masa tido. bagi yang tahan haiwan berbulu la..
    lekatlekitgurl recently posted…GAMBAR ANAK WAWA ZAINAL & ARIEL ZAFRELMy Profile

  2. World WarZ says:

    Sebaik baiknye arnab nie diternak untuk mendapatkan dagingnye…
    huhhhh sedapp arnab panggang hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge