Fuh Gila!! Lelaki Ini Sanggup Mati Gantung Diri Elak Kaki Dipotong

Mati-Gantung-Diri-Daripada-Kaki-Dipotong.jpg

Fuh Gila!! Lelaki Ini Sanggup Mati Gantung Diri Elak Kaki Dipotong | JASIN: Bimbang kaki kanannya yang membusuk akan dipotong hari ini, seorang pekerja sebuah kilang automotif dipercayai menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri di rumahnya di Taman Pelangi, Selandar, dekat sini, pagi semalam.

Lelaki berusia 39 itu ditemui mati gantung diri di dapur rumah oleh isterinya kira-kira jam 8 pagi. Difahamkan, kaki kanan lelaki itu yang cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya Februari lalu dan dia mengalami kemurungan selepas pihak hospital memaklumkan ia perlu dipotong.

Seorang anak mangsa yang berusia 11 tahun memaklumkan kepada ibunya selepas menyedari bapanya yang tidur di ruang tamu rumah tiada sebaik terjaga dari tidur beberapa minit sebelum mayat mangsa ditemui.

Menurut isterinya, dia yang dimaklumkan mengenai perkara itu mencari suaminya sebelum menemui mangsa tergantung di ruang dapur. “Apabila mencari di bahagian dapur, saya lihat suami sudah terkulai dalam keadaan leher terjerut kabel elektrik televisyen.

“Saya memanggil adik ipar yang tinggal berdekatan untuk membantu menurunkan suami dengan memotong wayar berkenaan,” katanya.

Katanya, suaminya dijadual menjalani pembedahan memotong kaki kanan di sebuah hospital swasta hari ini.

“Beberapa hari lalu suami ada beritahu takut kaki kanannya dipotong malah kerap mengadu sakit,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia sembilan hingga 14 tahun.

Menurutnya, kos pembedahan yang dijadualkan hari ini berjumlah RM18,000 dan mereka bercadang menyambut Hari Bapa bersama namun tidak kesampaian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mohd Hishamudin Hashim mengesahkan mayat mangsa ditemui isterinya tergantung di dapur rumah.

“Mayat dihantar ke Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya. – malaysianDigest

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Fuh Gila!! Lelaki Ini Sanggup Mati Gantung Diri Elak Kaki Dipotong”

  1. bangsa & agama apa ni yang bunuh diri?? berita tak lengkap.. Kalau potong kaki pun tak bermakna akhir hidup tapi kalau dah bunuh diri.. tu baru takde peluang hidup dah. Mungkin dia tertekan sangat la ni sampai hilang kewarasan

    Panas >>VITAMIN C MAIXARA BUAT AKU RASA MENGANDUNG
    wOW >>NAK TAHU RAHSIA BESAR PELAKON IZARA AISYAH?
    Terbaik >>Untuk Mereka Yang Tak Mampu Beli iPhone 5 @ Samsung S4. Miliki Secara Percuma Sekarang
    Wow >>Nak Tahu Kat Mana Nak Dapat Teksi Ke Airport Dengan Tambang Serendah RM9.99?
    Nyummy >>Nak Voucher KFC, GSC Atau Starbuck?? Clik Cepat!!
    Free >>Betul Percuma! Nak Facial Mask & Sculptor Gel bernilai RM137 clik cepat
    suria lekatlekit recently posted…MEROYAN YANG SEBENAR PATUT KORANG TAHUMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Bila akal dah tak waras… Inilah padahnya…
      Ummar Farouk recently posted…Sesetengah Orang Masih Belum Menyedari Peranan Bagi Tiga Elemen Ini…My Profile

  2. syeela says:

    adoi . speechless =.=’

  3. Mawardi Yunus says:

    Huh. Kt malaysia? AYARKKKK

  4. hurm… kesian jugak… tapi menggantung diri bukan jalan peneyelsian yang terbaik… mohon jangan la jadi ikutan pulak……

    1. Mawardiyunus says:

      bila dh stress akak. otak dh x berfungsi
      Mawardiyunus recently posted…CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00 | UBAT SAKIT BUAH PINGGANGMy Profile

  5. xanz says:

    tujuh enam kucing meronda..
    tiga dua ikan berlari..
    nasib malang si org gila..
    akhirnya merana memakan diri..

    org x de agama ni..

  6. AimiB says:

    My mom is an upper knee amputee and she is 54. Setiap hari bangun tidur dia akan bagi semangat kat diri sendiri untuk teruskan hidup sebab dia tahu kami sekeluarga perlukan dia. This guy should realize that he is only 39 and its not a problem to use prosthetic legs than my mom who is older than him. Poor guy. Mungkin tak ada yang bagi semangat.

  7. AkuJB says:

    Mengata orang bunuh diri ni orang gila.. walhal yang komen ni yang gila. Orang bila dah terdesak sangat, ditambah kurang pengetahuan agama.. sah-sahlah pilih jalan ini. Kalau anda di tempat dia mungkin lagi teruk anda buat. Orang dah mati, dah la.. macam la kalau korang mengata dia.. dia bleh bangkit balik dan insaf. Bodoh la hai bodoh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge