Manusia Pertama Membunuh Diri Daripada Bangunan Tertinggi Di Dunia

burj-khalifa.jpg

Manusia Pertama Membunuh Diri Daripada Bangunan Tertinggi Di Dunia | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja ada mendapat info yang rakyat Malaysia yang mengalami masalah tekanan jiwa semakin meningkat. Betulkah begitu? Harapan Teacher Muja semoga hal itu kekal sebagai khabar angin semata kerana tekanan jiwa adalah perkara yang sangat berbahaya dan akan merugikan semua pihak.

Apabila bercakap mengenai tekanan jiwa, Teacher Muja terus teringatkan kejadian-kejadian bunuh diri yang berlaku di dunia ini. Ada yang kecewa dengan cinta, ada yang putus asa dengan hidup, ada juga yang berasa letih dan tidak mahu lagi meneruskan hidup. Semuanya kerana tiada keimanan dan semangat yang kuat dalam diri. Ingatlah, bukan senang nak senang.

Seorang pemuda Asia dilaporkan telah melompat sehingga menyebabkan kematiannya dari Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia pada tengah hari Selasa, 10 Mei 2013. Kejadian yang sangat menakjubkan dan menyedihkan sekali.

burj khalifa, bangunan tertinggi, tertinggi di dunia

Pemuda berumur 30 tahun itu telah melompat daripada dek pemerhatian yang terletak di tingkat ke 147 bangunan Burj Khalifa dan jatuh di atas dek pemerhatian di tingkat 108. Lompatan itu telah membunuhnya serta merta dan menjadikannya sebagai kejadian bunuh diri pertama bangunan yang tinggi itu.

Polis melaporkan bahawa lelaki itu telah membunuh diri kerana masalah yang dihadapinya dengan syarikat tempat dia bekerja. Lelaki itu dipercayai membunuh diri kerana permohonannya untuk bercuti telah ditolak oleh majikannya.

Sebagai seorang Islam, bunuh diri adalah sebuah perbuatan yang sangat keji. Nyawa adalah sebuah anugerah yang tidak ternilai. Hanya Allah yang berhak memberi dan menarik nyawa makhluknya. Malah, orang yang membunuh diri tidak akan bau syurga walaupun bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.

Semoga kita dapat menjaga diri daripada perbuatan sebegini. Semoga keislaman dan keimanan kita dipelihara oleh Allah SWT. Amiiin.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Manusia Pertama Membunuh Diri Daripada Bangunan Tertinggi Di Dunia”

  1. X dapat cuti pun nak bunuh diri?? Alahai, sayangilah nyawa anda bak kata muja nyawa adalah satu anugerah yg x ternilai…
    Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  2. Tak dapat pun sampai bunuh diri.. macam tak logik pula alasan dia nak bunuh diri. Ni la padah kalau jiwa kosong.. mudah terima hasutan syaitan
    lekatlekitgurl recently posted…PEGEMIS MUDA MINTA BUNGKUS SISA LAUK ORANGMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge