Manusia Hebat Telan Sotong Hidup-hidup!

Manusia Hebat Telan Sotong Hidup-hidup!

Manusia Hebat Telan Sotong Hidup-hidup! | Seoul: Amalan memakan ikan mentah yang lazim di timur Asia sudah diterima baik di seluruh dunia, tetapi memakan sotong hidup mungkin memerlukan masa untuk diterima ramai.

Tetapi ia bukan menjadi masalah kepada sebahagian pengunjung pesta makanan di Seoul.

Tanpa banyak masalah mereka menarik keluar sotong hidup dari bekas dan cuba memasukkan hidupan itu ke mulut masing-masing. Pada masa sama tentakel sotong itu melekap pada jari, bibir dan pipi menjadikan ia agak sukar untuk dimakan pengunjung pesta makanan itu.

Bagaimanapun, pada akhirnya pengunjung yang “kebuluran” itu mula mengunyah sotong hidup berkenaan walaupun tentakelnya jelas kelihatan bergerak-gerak.

Walaupun amalan berkenaan mungkin memerlukan masa lebih lama untuk diterima di negara lain, sebahagian penduduk Korea Selatan jelas gemar dengan apa yang dilakukan.

Manusia Hebat Telan Sotong Hidup-hidup!

Bandar Donghae menganjurkan Pesta Sotong pada setiap Disember dan menarik kedatangan sehingga 70,000 pelawat dari seluruh dunia setiap tahun. Pengunjung boleh menangkap sotong itu dengan tangan serta menyertai acara yang diadakan bagi meraikan hidangan makanan tempatan. Antara pertandingan diadakan ialah “merawat sotong” serta “menyiang sotong mentah.” Pesta berkenaan diadakan ketika Mahkamah Agung Korea Selatan membebaskan seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya selepas wanita terbabit didakwa tercekik ketika makan sotong hidup.

Sebelum ini, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dihukum penjara seumur hidup. – Agensi

Sumber

Comments

comments

9 thoughts on “Manusia Hebat Telan Sotong Hidup-hidup!”

  1. vcore says:

    euwwww.makan sotong hidup-hidup

  2. Ezad Skytech says:

    erk…tolong la…sotong hidup? boleh muntah kat situ jugak…huhu
    Ezad Skytech recently posted…Risiko Tinggi Bila Hujan LebatMy Profile

  3. amir zahari says:

    Sotong jenis ni je diorg makan macamtu, namun ada kes kematian sebab tercekik sotong punya jari jemari tu hidup then melekat di esofogus..
    amir zahari recently posted…Suka Memberi Amalan Mulia – Sedih Tengok Video IniMy Profile

    1. kucinghitam says:

      biarkan spa suruh gatal mkn hidup2
      kucinghitam recently posted…TUKANG KEBUN LIWAT 7 PELAJAR LELAKIMy Profile

  4. kucinghitam says:

    mcmana la kalo kurita tu belit anak tengkak ka perut ka eeeee xsanggup
    kucinghitam recently posted…TUKANG KEBUN LIWAT 7 PELAJAR LELAKIMy Profile

  5. mselim3 says:

    Assalammualaikum… fuh,

    alamak makan sotong hidup2 lah pulak…. wekkk… boleh muntah hijau nie…. mselim3 tgk fear factor… makan sotong nie… keluar balik… muntah hijau tu.. huuu… geli dibuatnyer…

    mselim3
    mselim3 recently posted…Karamah Abu Yazid Al-Bustami Boleh Terbang Di UdaraMy Profile

  6. Ammar says:

    Eeeee gelinya tengok. Telam sotong mentah2 mcm tu je.
    Ammar recently posted…Kisah Misteri Pulau Hashima (Menarik!)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge