Manfaat Amalkan Wudhu’ Sebelum Tidur

berwudhu.jpg

Manfaat Amalkan Wudhu’ Sebelum Tidur

Manfaat Amalkan Wudhu’ Sebelum Tidur | Sebelum malam melabuhkan tirainya, Puteri ingin berkongsi satu artikel dari Detik Islam tentang manfaat wudhu’ sebelum tidur. Sebelum itu, apa kata kita baca pengertian wudhu’ terlebih dahulu. Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.

Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

Semoga kita dapat bersama-sama mengamalkan amalan mulia ini =)

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika dia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci ‘”. (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra)

Manfaat Wudhu’ Sebelum Tidur

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku akibat keletihan selepas melakukan aktiviti. Berwuduk juga membuatkan fikiran seseorang itu terasa rileks. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana dengan wuduk ini dapat menghilangkan kesan kotor dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan senantiasa dikabulkan pula oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwuduk.

Nota Puteri: Jom, ambil wudhu’ dulu sebelum tidur, maafkan salah silap Puteri ya..

Carik carik pucuk paku,
Dipandang orang pucuk meranti,
Selamat malam semua sahabatku,
Kalian semua terbukti blogger sejati.

Selamat Malam =)

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Manfaat Amalkan Wudhu’ Sebelum Tidur”

  1. Benda simple tapi malas nak buat.. lebih2 lg kalau btl2 ngantok.. K.O terus atas katil 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge