Malaysia Vs Myanmar Pesta Bola Merdeka 2013

malaysia-myanmar-pesta-bola-merdeka-2013.jpg

Malaysia Vs Myanmar Pesta Bola Merdeka 2013

Setelah memperolehi kemenangan dalam perlawanan pertama Pesta Bola Merdeka 2013 menentang pasukan Singapura, malam ini pasukan Malaysia Bawah 23 Tahun akan menentang pasukan Myanmar pula di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang.

Harimau Muda berpeluang mengesahkan tempat ke Final Pesta Bola Merdeka 2013 jika mereka menewaskan pasukan pilihan Myanmar malam esok. Tiga mata semalam memberi kelebihan setelah perlawanan kedua antara Myanmar dan Thailand berkesudahan 1-1. Namun begitu, Myanmar bukanlah calang-calang pasukan. Pasukan ini pernah menidakkan tempat Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia B-22 tahun lepas dengan kemenangan tipis 2-1.

Dibawah kendalian jurulatih Korea Selatan, Myanmar sudah menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan. Apatah lagi mereka akan menjadi tuan rumah Sukan SEA Disember ini. Sudah pastinya Myanmar ingin merampas pingat emas yang dimenangi Malaysia dalam dua edisi terakhir.

Kemenangan akan meletakkan Malaysia di tempat pertama kumpulan dengan 6 mata. Tiada pilihan lain untuk Harimau Muda malam esok. Kita tidak mahu mengambil risiko ketika bertemu Thailand dalam perlawanan terakhir. Junior Eldstal, Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal dijangka menjadi tonggak utama untuk mencipta gerakan berbahaya pasukan negara.

Jika Ong Kim Swee mahu perketatkan bahagian tengah, beliau boleh menggunakan formasi 4-5-1 / 4-3-3 dengan Nazmi Faiz mengisi slot midfield bergandingan dengan Junior dan Irfan melakukan hantaran kepada penyerang dan pemain sayap. Saksikan perlawanan menarik ini malam esok! – Sumber Artikel

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Malaysia Vs Myanmar Pesta Bola Merdeka 2013”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge