Makan Comot Membantu Kanak-kanak Belajar

kanak-kanak-makan-comot.jpg

Makan Comot Membantu Kanak-kanak Belajar | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Bertemu lagi kita dalam segmen perkongsian ilmu dengan Teacher Muja. Eceyh. Rindu serindunya nak berkongsi di sini tapi baru sekarang mood tu datang.

Siapa antara kamu yang suka dengan kanak-kanak? Pasti semua orang sukakan? Walaupun mereka ni suka buat kotor, sememeh, suka menangis, tapi kita orang dewasa memang sukakan bayi. Kalau adalah manusia yang langsung tidak tersentuh apabila melihat kanak-kanak, mungkin dia spesies dari Marikh. Kan?

kanak-kanak makan comoto

Comot: Membuat perkara yang comot dan sememeh boleh menjadi sesuatu yang bagus untuk perkembangan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan yang kanak-kanak yang comot sebenarnya adalah lebih baik daripada rakan-rakan mereka yang kemas. Saintis mengatakan bahawa berkelakuan comot dengan makanan sebenarnya membantu kanak-kanak untuk belajar dan ia bagus untuk otak mereka yang sedang berkembang.

Kaedah ini adalah paling efektif apabila kanak-kanak tersebut diletakkan di atas sebuah kerusi tinggi yang biasanya dianggap sebagai klu untuk menjadi comot.

Psikologis Larissa Samuelson, seorang pakar pembelajaran kanak-kanak dari Universiti Iowa berkata “Ia mungkin kelihatan seperti anak anda sedang bermain dalam kerusi tinggi, melempar barang ke tanah dan mereka mungkin melakukannya, tetapi mereka sedang mendapat informasi daripada aksi-aksi tersebut dan hasilnya, mereka akan dapat menggunakan informasi tersebut selepas itu”

Kajian sebelumnya menunjukkan bahawa kanak-kanan lebih cepat belajar tentang barang-barang pepejal disebabkan saiz dan bentuk mereka yang tidak berubah. Kaedah comot ini membantu mereka mengenalpasti dan menamakan barang-barang bukan pepejal yang boleh dilenyek, dicucuk, dilempar, dan ditolak ke dalam mulut.

Kumpulan Dr Samuelson’ telah menguji idea ini dengan mendedahkan kanak-kanak berusia 6 bulan kepada objek bukan pepejal yang kebanyakannya adalah bahan makanan seperti sos epal, jeli, jus, dan sup. Setiap objek diberikan perkataan yang direka sendiri seperti ‘dax’ atau ‘kiv’. Kemudian, kanak-kanak itu diminta untuk mengenalpasti objek yang sama yang disusun supaya saiz dan bentuknya menjadi lain

Itu bermaksud semua kanak-kanak tersebut terpaksa melakukan lebih daripada sekadar saiz permulaan dan bentuk untuk mengetahui bahan-bahan itu dibuat daripada apa.

makan comot

Kanak-kanak yang selalu ‘berinteraksi’ dengan makanan didapati lebih mudah untuk mengenalpasti bahan makanan itu dengan tepat. Kanak-kanan tersebut pergi ke eksperime tersebut dengan keterujaan supaya bahan makan yang mereka diminta untuk menyiasat berakhir di muka mereka dan lantai makmal.

Kanak-kanak yang lebih terdedah dengan makan lebih berpotensi untuk meneka bahan makanan tersebut dengan betul melalui tekstur dan menamakannya. Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang duduk di atas kerusi tinggi juga lebih berjaya berbanding dengan mereka yang diletakkan di tempat lain seperti di meja.

“Ternyata yang berada di kerusi tinggi menjadikannya lebih mudah menjadi comot, kerana kanak-kanak tahu yang mereka boleh menjadi comot di situ”kata Dr Samuelson.

Para pengkaji yang melaporkan penemuan mereka dalam jurnal Sains Perkembangan ini menyatakan yang kajian menunjukkan bagaimana perlakuan dan persekitaran membantu para kanak-kanak menguasai perbendaharaan kata awal. Hal ini berkait dengan perkembangan dan fungsi mental yang lebih baik.

Seramai 72 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam kajian ini dan setiap seorang diberikan sebuh anak patung sebagai penghargaan untuk penyertaan mereka.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Makan Comot Membantu Kanak-kanak Belajar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge