Mafia Mati Dimakan Babi Hidup-Hidup

dimakan-babi.jpg

Mafia Mati Dimakan Babi Hidup-Hidup | Ngeri!! Rome: Polis Itali semalam melaporkan seorang anggota Mafia mati dimakan hidup-hidup selepas dia dicampak ke dalam kandang babi oleh anggota kumpulan samseng lawan.

Francesco Raccosta dibelasah menggunakan besi sebelum dicampak ke dalam kandang yang dipenuhi sekumpulan babi lapar lalu dimakan haiwan itu.

Menurut polis, kematian Raccosta itu keganasan terbaru dalam perang di antara anggota kumpulan penjenayah yang berlarutan sejak 60 tahun lalu.

Mafia Mati Dimakan Babi Hidup-Hidup.  Polis Itali semalam melaporkan seorang anggota Mafia mati dimakan hidup-hidup oleh sekumpulan babi selepas dicampak

Kejadian dipercayai dilakukan Simone Pepe, anggota keluarga Mafia ‘Ndrangheta yang berkuasa di daerah Calabria, selatan Itali.

Polis juga semalam mendedahkan rakaman perbualan telefon mengandungi perbualan Pepe mengenai Raccosta: “Puas hati mendengar jeritannya…kuat betul dia menjerit. Kata orang khinzir kadangkala meninggalkan sisa makanan, tetapi kali ini memang licin.”

Menurut polis, Raccosta merayu supaya Pepe melepaskannya namun tidak diendahkan.
Pepe juga dipercayai dalang di sebalik sekurang-kurangnya tiga lagi pembunuhan dalam tempoh 24 jam kematian Raccosta itu.

Raccosta dilaporkan hilang pada Mac 2012 bersama rakannya Carmine Putrino yang dipercayai mati dimakan babi kerana mayatnya tidak pernah ditemui.

Pepe mengakui pembabitannya kepada polis dan mendakwa ia untuk membalas dendam atas pembunuhan ketuanya Domenico Bonarrigo.

Jurucakap polis berkata, pertelingkahan antara kumpulan itu bermula sejak 1950-an dan meragut banyak nyawa termasuk seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang mati ditembak ketika berada dalam kereta datuknya.- Agensi

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge