Luahan Muslimah Yang Sukar Mendapat Kerja Hanya Kerana Pakai Tudung

muslimah-pakai-tudung.jpg

Luahan Muslimah Yang Sukar Mendapat Kerja Hanya Kerana Pakai Tudung | Harini Dr Fuh nak share 1 kisah mengenai luahan seorang wanita Islam warganegara Malaysia. Dr Fuh amek kisah ni dari blog sahabat Dr Fuh kakisembang.com. Jom kita baca!

—————————————————

SAYA merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Saya menetap di luar bandar dan perawakan saya ialah seorang gadis bertudung sesuai dengan identiti saya sebagai seorang Muslimah.

Sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, saya mengambil kesempatan menggunakan masa yang terluang untuk bekerja.

Harapan saya agar pendapatan yang diperoleh nanti dapat menampung sedikit sebanyak keperluan saya, terutama untuk memulakan pengajian nanti.

Saya memulakan langkah mencari pekerjaan di sebuah hotel yang terletak di Bandaraya Bersejarah selepas terbaca iklan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Saya memohon untuk bekerja di bahagian pembersihan (house keeping).

Penemuduga itu bersedia menerima saya sekiranya saya bersedia untuk tidak memakai tudung.

Penemuduga juga memberitahu ia adalah syarat ‘normal’ untuk bekerja di hotel. Mungkin salah saya kerana tidak mengetahui akan syarat itu kerana kehidupan saya yang tidak terdedah dengan suasana di hotel.

Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di hotel. Namun jauh di sudut hati saya terselit rasa kesal kerana saya tidak berupaya menerima pekerjaan tersebut kerana syarat ‘normal’ itu.

Selepas itu saya turut memohon pekerjaan di sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka.

Banyak kedai yang menawarkan jawatan kosong sebagai pembantu kedai. Tetapi apabila ditanya majikan turut meletakkan syarat ‘normal’ itu untuk saya diterima bekerja. Malahan kedai yang menjual barang permainan untuk kanak-kanak turut meletakkan syarat tersebut.

Saya berasa begitu tersinggung dengan keadaan ini. Saya tidak faham. Islam ialah agama rasmi negara tetapi sensitiviti berhubung agama ini diabaikan.

Sememangnya bukan salah mereka meletakkan syarat ‘normal’ itu. Tetapi adakah menjadi kesalahan saya berpenampilan sewajarnya yang ditetapkan oleh agama saya?

Mungkin penampilan saya yang bertudung tidak menarik perhatian untuk pelanggan berkunjung ke kedai mereka atau menjejaskan imej mereka yang sering menjadi tumpuan pelancong asing.

Mungkin juga isu yang cuba saya ketengahkan ini kelihatan remeh kepada sesetengah pihak, namun jujur saya katakan, ia agak berat untuk gadis bertudung seperti saya.

Bagaimana nasib sesetengah gadis bertudung yang begitu terdesak memerlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka? Adakah kami harus mengorbankan identiti diri demi mencari rezeki di zaman moden ini?

HYENA
Negeri Sembilan

Dr Fuh – Kalau dah sampai tahap macam ni sepatutnya kerajaan perlu ambil tindakan, kata negara Malaysia ni negara Islam? Sedih betul dengar cerita macam ni…Wallau’Alam

Actually ada lagi 1 kisah lain. Kalau korang nak baca boleh pergi ke artikel dari kakisembang <—(klik)

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

16 thoughts on “Luahan Muslimah Yang Sukar Mendapat Kerja Hanya Kerana Pakai Tudung”

  1. Cakap la pada penemuduga-penemuduga tu.. klw suruh derang berbogel tu… normal ke??

    1. kucinghitam says:

      eee otak mu sungguh kunoing
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

      1. Wkakaka.. senyum sorang2 aku baca komen nie.. 🙂
        Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  2. Ummar Farouk says:

    Molek tak dapat keje, drpd mendapat kemurkaan Allah… Moral of the story, carilah keje yg bleh mendapatkan keredhaan Allah… Wallahua’lam…
    Ummar Farouk recently posted…[FAKTA] Perbezaan Konflik Antara Syria dan Libya Ini Tidak Ramai yang Tahu…My Profile

    1. kucinghitam says:

      orang sekarang lebih penting kan duit
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    2. Ada betulnya Ummar Farouk katakan tu. Cari n cuba lagi.. setiap titik peluh yg jatuh semata-mata untuk dapatkan keredhan Allah.. semua itu tidak sia2. Allah maha mengetahui
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  3. kucinghitam says:

    semua nk kerja sng dh x pk halal haram
    kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    1. Daxx says:

      Tapi belum tentu semua macam tu. Terpulang kepada individu.
      Daxx recently posted…Pelik! Patung Purba Mesir Bergerak Sendiri + VideoMy Profile

  4. Daxx says:

    APTB(Apa pun tak boleh) dengan zaman sekarang ni. Macam macam kerenah.
    Daxx recently posted…Hebat! Bekerja 11 Pekerjaan, Hanya 5 Kerja Berbayar + GambarMy Profile

    1. Akhir zaman bro.. begitulah.. tempat saya pun mcm nie jg. susah nak dapat keja pompuan yg bertudung.. ujian
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  5. ana says:

    kejadian ni mang da byk brlaku pada kaum wanita y bertudung..smpai ada y sggup bka tdung untuk dtrima kerja…kenapalah ditetapkan syarat bgitu pdahal ini negara majoriti orang islam…sy jua turut mngalaminya dn trpksa mnolak wlupon kerja halal …

    1. Sokong Ana.. Banyak lagi kerja di muka bumi nie..
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  6. lisa says:

    anda boleh rekod secara diam2 perbualan anda dgn penemuduga..lepas tu, SAMAN JER. mmg skg ramai tokey xnk amik pmpuan pkai tudung bkeje unless keje kt opis la..sbb ttutup.klu mlibatkan sales n hotel hospitality ni mmg diskriminasi sgt2..

    1. This is Malaysia! Kata negara islam..?? ish.. ish..
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  7. adam says:

    Mmg patut kerajaan pantau stor y mcm ni..nikn negara islam…jgn

  8. syeela says:

    aikk masih ade lg ke pemikiran kuno mcm tu. aku keje dgn cina lekk je pakai tdung baju kurung siap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge