Loan Rumah Pertama Apa Yang Anda Perlu Buat

1st.jpg

“BILA NAK BELI RUMAH, APA PERKARA PERTAMA YANG WAJIB ANDA BUAT?” 

Loan Rumah Pertama Apa Yang Anda Perlu Buat??

Mesti anda seronok bila dah bekerja, kan?

Alhamdulillah. Boleh la lepas ni mula kumpul duit untuk beli rumah pertama.

Tapi, nak beli rumah bukan satu perkara yang mudah dibuat. Bukan macam nak beli kacang dikedai runcit area rumah anda.

Banyak perkara yang anda kena sediakan. Daripada bab duit, hingga ke kelayakan anda untuk memohon pinjaman di bank.

Kalau boleh,

A: Jadikan loan rumah pertama sebagai pinjaman sulung anda di bank!

Dan selagi boleh menahan nafsu anda yang membuak-buak tu, elakkan membuat loan kereta dulu. Sebab loan tu akan membuatkan komitmen anda semakin tinggi. Dan kelayakan anda untuk beli rumah idaman akan semakin tipis.

Kalau nak jugak pakai kereta, buat pinjaman atas nama orang lain seperti abang, kakak, ayah, atau ibu. Asalkan tidak menggunakan nama kita sendiri.

Nak lagi senang? Minta kebenaran ibu ayah atau adik-beradik untuk sambung bayar kereta mereka.

P/S: Paling terbaik? Kumpul duit dan beli kereta secondhand, dan bayar secara lump sum.Cuma tinggal nak pening pasal maintenance je. Dah tak payah pening nak bayar ansuran bulanan kereta.

B: Kalau anda buat bisnes, wajib buka akaun syarikat.

Ini lagi satu perkara yang agak penting juga untuk membuat loan rumah pertama. Kalau pelanggan bank in ke akaun personal anda, ia tidak akan dikira sebagai pendapatan bisnes anda.Agak Rugi kan?

Dan kalau ada yang terlepas, sila transfer kembali masuk ke akaun syarikat dengan nota “cash sales.”

Kalau anda masih bekerja (makan gaji) dan ada bisnes sendiri, daftarkan perniagaan anda. Setakat enterprise untuk permulaan dulu pun dah cukup.

C: Ada bisnes sendiri bukan lesen untuk  berbelanja duit syarikat sesuka hati.

Kalau ada bisnes, tetapkan kadar gaji yang anda terima setiap bulan daripada syarikat. Dan jangan lupa bayar sekali KWSP untuk diri sendiri.

Bila buat permohonan loan rumah pertama dengan bank nanti, anda akan ada 2 jenis income stream. Satu pendapatan bekerja, dan satu lagi income daripada bisnes.

Boleh la 2 income stream ni dibuat jadi backup masa nak memohon loan rumah nanti. Bank akan tengok benda ni, untuk pastikan sama ada anda layak jadi peminjam atau tidak.

Dan untuk pembayaran gaji, gunakan cek syarikat untuk bayar gaji anda. Elakkan transfer gaji secara online. Jika boleh pastikan anda  mengeluarkan payslip dan sertakan cop syarikat anda sekali.

D: Elakkan membuat sebarang pinjaman lain (seperti ASB atau pinjaman peribadi & kredit card)

Pinjaman lain akan dikira sebagai komitmen anda. Semua perkara ni akan direkod dalam CCRIS anda. Lagi tinggi komitmen anda, lagi susah bank nak luluskan loan.

Anda boleh kira komitmen anda dengan formula DSR ni (Jumlah komitmen bulanan / Jumlah pendapatan bulanan X 100%).

Pinjaman jenis ini selalu jadi faktor utama yang membuatkan bank menolak permohonan pinjaman untuk membeli rumah.

Kalau nak buat juga, mohon kaji dulu dengan teliti. Kalau nak beli rumah dan nak membuat pinjaman ASB juga, pastikan lepas dulu membuat pinjaman rumah, baru buat pinjaman ASB.

Bagi saya, kalau ada perancangan nak beli hartanah ke-2, elakkan buat pinjaman ASB dulu. Kerana kebiasaanya, pihak bank akan tawarkan kat kita selepas kita lulus pinjaman rumah pertama.

Kecuali  pendapatan isi rumah anda besar!

E: Elakkan membeli rumah secara joint venture diantara suami atau isteri.

Ini sebab setiap orang hanya layak dapatkan 90% loan untuk 2 buah rumah saja. Kalau nak beli rumah ke-3 dan seterusnya, anda hanya layak dapatkan 70% loan.

Ini bermakna, kalau ikut peraturan, sepasang suami isteri layak membeli 4 biji rumah.

Tapi kalau gabung nama (JV), anda hanya layak dapat 90% loan untuk membeli 2 buah rumah saja. Rugi kan?

Pencaturan yang betul untuk suami isteri adalah, beli 4 buah rumah dan 3 disewakan, dan sebuah boleh guna untuk duduk sendiri.

Untung sewa daripada 3 buah rumah tadi, boleh anda gunakan untuk bayar bulanan rumah yang anda duduk tu. Sesiapa pun mesti suka memiliki rumah secara percuma, kan? Ini caranya.

F: Rekod CCRIS

Loan rumah pertama

 

Rekod CCRIS adalah satu rekod dari Bank Negara yang mengumpul senarai hutang-piutang kita dengan institusi kewangan kat Malaysia.

Untuk memudahkan anda, sebelum buat keputusan untuk memohon loan rumah, pastikan semak dulu rekod Ccris.

Untuk lebih lanjut mengenai Ccris akan dibincangkan diruangan akan datang.

G: 3 jenis rumah yang anda boleh beli.

PERTAMA, rumah undercons (bermaksud under construction). Biasanya rumah undercons sesuai untuk anda yang plan untuk buat FLIPPING (jual balik) bila dah siap nanti,kebiasaanya rumah akan siap 3-4 tahun kemudian dan harga rumah akan melambung naik.Disini anda akan mendapat keuntungan hasil jualan rumah tersebut.Utung bukan? p/s:bergantung pada lokasi juga.

Kalau rumah yang ada diskaun 7%, maka anda hanya perlu keluarkan modal 3% sahaja.

Kalau dapat cari rumah yang dapat diskaun 10%, maka tak perlu lagi mengeluarkan modal untuk membayar deposit.

KEDUA, rumah subsale. Bermaksud rumah yang dah siap, dan dah ada nama orang lain punya.

Untuk rumah jenis subsale ini, modal yang sangat besar diperlukan. Kalau rumah tu harganya RM500,000 , maka deposit sebanyak RM50,000 diperlukan. Ditambahkan lagi dengan legal fees, dan lain-lain.

KETIGA ialah rumah lelong. Diantara ketiga-tiga jenis ini, rumah lelong mempunyai risiko yang sangat tinggi. Tapi kalau high risk, bermakna high-lah return dia.

Kalau menang bidaan lelong jauh lebih murah dari harga market, untung besarlah!

Untuk jenis rumah lelong, anda perlu buat kajian dari segi harga pasaran, keadaan rumah, kejiranan dan lain-lain sebelum commit untuk join bidaan.

Yang mana menjadi pilihan anda?tentukan sendiri ok?

H: Beli ikut kemampuan anda bukan nafsu semata

Sentiasa beli rumah ikut kemampuan dan kapasiti masing-masing.

Kadang-kadang, kita cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang membeli rumah mewah. Kita pun nak ikut sama beli rumah mewa“h jugak. Pinjaman bank mungkin boleh lulus.

Tapi bila masuk bab bayaran bulanan, ianya sangat-sangat membebankan anda. Komitmen bulanan lebih tinggi daripada pendapatan anda.Akhirnya, kantoi bayaran setiap bulan.

Untuk elakkan perkara ni berlaku, sebelum ambil keputusan untuk membeli mana-mana rumah, pastikan anda buat kiraan terlebih dulu tentang kemampuan pendapatan bulanan korang untuk membayar rumah tu nanti.Boleh buat kira-kira disini

I: Macam mana nak memohon pinjaman kalau tidak pernah berhutang?

Bergantung kepada sesetengah bank jugak. Sekiranya anda tidak pernah membuat pinjaman dengan bank, maka rekod CCRIS anda pastinya kosong.

Dan bank tak dapat menilai macamana disiplin anda dalam membayar balik loan yang dibuat.

Sekiranya masalah ni terjadi kepada anda, terdapat 2 cara.

1-Memohon kad kredit,cara penggunaan swipe kad hari ini untuk pembelian,keesokan hari bayar balik perbelanjaan anda semalam.Jangan lupa ok?nanti tak pasal-pasal kadar bunga anda naik!.

2-Buat pinjaman peribadi di mana-mana cawangan bank,dan jumlah pinjaman yang paling rendah sekali.Dengan cara ini Bank akan nampak track record pembayaran pinjaman anda nanti.

Kalau ada ilmu, apa benda yang anda buat semua akan menjadi mudah

Dan ini termasuk sekali dengan perihal pembelian / loan rumah pertama anda

Semoga berjaya membuat loan rumah pertama anda!

Sumber

The following two tabs change content below.

Leo

Good Game Well Play!

Latest posts by Leo (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge