Lewat Daftar Kelahiran Anak Akan Didenda RM1000!

Lewat-Daftar-Kelahiran-Anak-Akan-Didenda-RM1000.jpg

Menggemparkan! Pasangan yang lewat daftar kelahiran anak dalam tempoh 60 hari akan didenda RM1000 berkuat kuasa serta merta!

Kejam! Itu ungkapan yang Dr Fuh rasa paling sesuai dengan undang-undang durjana ini! Apakah kerajaan sangat terdesak untuk mendapatkan wang sehingga sanggup meluluskan undang-undang seperti ini? Jom kita baca lebih lanjut.

Pasangan yang tidak mendaftar kelahiran dan surat beranak anak mereka dalam tempoh 60 hari perlu membayar denda RM1,000, berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, denda pendaftaran lewat kelahiran hanya RM50.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata langkah meningkatkan denda bukan bertujuan mengutip hasil, sebaliknya menggalakkan ibu bapa mempercepat pendaftaran kelahiran anak.

Lewat Daftar Kelahiran Anak Akan Didenda RM1000

TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Katanya, pendaftaran kelahiran tidak boleh diambil mudah dan sambil lewa kerana akan menimbulkan pelbagai masalah berbangkit ketika anak membesar termasuk kesulitan mendaftar MyKid serta persekolahan.

“Kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.

“Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan, mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta merta.

“Kerajaan menaikkan jumlah denda lewat daftar selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lalu.

“Ogos lalu, kita hanya menguatkuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan dari 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di hadapan pendaftar kelahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPN Johor, Rokiah Hanum Ibrahim.

So apa pendapat pembaca sekalian berkenaan undang-undang baru ini? Bagaimana nasib pasangan-pasangan yang TERPAKSA daftar lewat seperti pasangan-pasangan yang berada di kawasan pedalaman, warga-warga orang asli, ibu-ibu tunggal yang mungkin mengalami kesulitan untuk mendaftarkan anaknya dalam tempoh 60 hari dan pasangan-pasangan yang mungkin tidak tahu tentang kewujudan undang-undang baru yang durjana ini! Adakah wajar undang-undang ini dilaksanakan atau tidak?

Atau anda ada cadangan yang lebih baik untuk mengatasi masalah lewat daftar kelahiran anak ini boleh utarakan pendapat anda di ruangan komen dibawah ini.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge