Letupan Kuari Di Johor – Seorang Maut 10 Cedera

letupan-kuari-di-johor.jpg

Letupan Kuari Di Johor – Seorang Maut 10 Cedera | Tergempar!! Diberitakan berlaku satu letupan kuari menyebabkan batu-batu besar berterbangan dan mengakibatkan seorang maut manakala 10 yang lain cedera. Baca laporan penuh dibawah untuk keterangan lebih lanjut.

Letupan Kuari Di Johor – Seorang Maut 10 Cedera

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kilang maut manakala 10 lagi cedera terkena serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Alam di sini hari ini.

Mangsa merupakan warga Nepal berumur sekitar 30-an yang mati di tempat kejadian.

Jarak kawasan kilang dengan kawasan kuari itu ialah kira-kira 500 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari itu turut merosakkan 18 buah kereta, 14 buah kilang lain dan sebuah sub stesen milik Tenaga Nasional Berhad.

Pihak bomba menghantar 37 anggota dan turut dibantu 16 anggota polis bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

Aktiviti kuari dilapor dihentikan serta-merta akibat kejadian itu.

Mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini beserta mereka yang cedera.

Seorang pegawai pemasaran sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit yang berhampiran, Rosmawati Rahmat, 40, berkata beliau mendengar letupan kuat sebelum keadaan kilangnya bergegar.

“Kebiasaannya siren amaran akan dibunyikan pada pukul 12.30 tengah hari sebagai isyarat letupan akan dilakukan dan bunyi letupan selalunya tidak kuat.

“Bagaimanapun bunyi letupan hari ini begitu kuat sehingga batu-batu terpelanting jauh ke kawasan kilang,” katanya.

Seorang pemilik kilang plastik yang enggan dikenali berkata aktiviti letupan sering dilakukan, namun kejadian hari ini paling serius.  – Bernama

Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Letupan Kuari Di Johor – Seorang Maut 10 Cedera”

  1. Sungguh Dasyat Woo.. Sampai Pokok Kelapa terkontang kanting gitu.. haha
    Longoi Dot Com recently posted…Bangunan Cantik Berbentuk Kotak Balut Hadiah Di AustraliaMy Profile

  2. Perghh.. kalau pokok kelapa pon terpatah duaa.. sangat2 bahayaa.. berkecai!
    Amirul Penulis Novel recently posted…Perbezaan antara orang baik dan orang kurang ‘baik’ secara neurologiMy Profile

  3. gilalah. mesti berkecai kepala dia tu.. adoi.. kesiannya
    boni ultra kacak recently posted…Buffet Ramadhan 2013 De Palma Hotel Shah AlamMy Profile

  4. onlajer says:

    patut pun gua rasa semalam ada gegaran , dah dekat sangat dah tempatnya dengan lokasi gua
    onlajer recently posted…Kadar Zakat FitrahMy Profile

  5. Atiqa anuar says:

    kesian warga nepal tu. kena ketatkan keselamatan. bahaya kan orang ramai.. cuba kalau family kita kena. mesti sedih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge