Lemak Kampung Santan (2013)

lemak-kampung-santang-full-download.jpg
Lemak Kampung Santan (2013) WEBRip 480p -AsiaBB & PFT Release-

Rating: 4/10
Classification: P13
Genre: Romance
General Release Date: 08 Aug 2013
Running Time: 1 Hour 39 Minutes
Distributor: Tall Order Productions
Cast: Hans IsaacNeelofaHarun Salim BachikAwieKhir RahmanNatasha Hudson
Director: Hans Isaac
Format: 2D

Trailer Lemak Kampung Santan (2013)

Simple Review By Bro Joni:

Selepas filem tangkap muat yang bijak mengguna-pakai raja lawak dibawa ke layar lebar, hans kembali dgn sebuah filem, lemak kampung santan yang aku kira naskahnya lebih baik sikit dari cuci, yang mana bentuk naskah naratifnya lebih simple.

Dalam lemak kampung santan, hans cuba bercerita dalam naskah naratif yang lebih subtle. sublime nya jelas, tentang sejarah dan mereka yang mahukan perubahan mengejar sang kapital. isu dalam naratif ini dah berkali-kali diangkat sama-ada naskah tulisan atau pun naskah filem, dari langit petang, setinggan, hingga ke pi mai pi mai tang tu. sama. berulang. monotoris.

Yang akan membezakan naskah yang monotoris ini adalah, bagaimana seorang storyteller itu bercerita melalui medium filem.

“if you want to know what the storyteller trying to say, look at how they say it”
katanya. antonioni

Lalu aku ke panggung. tonton filem “raya” ini. yang aku kira filem yang tak bernasib baik, diperam untuk ditayangkan masa raya tapi ditelan oleh filem siri adnan yang rasanya tak akan habis untuk sedekad lagi. dgr katanya, dah start shoot adnan sempit 4 kat thailand woi!! *ambik tangan tepuk dahi sama2!!!

Telan je lah. kalau cakap banyak di kata condescending pula nanti. sedih.

Apa-apa pun, balik pada filem lemak kampung santan.

Pertama, aku suka ironi nasi lemak tiqa (lakonan neelofa). dan nasi lemak neelofa memang sedap pun. hal ni jelas on screen bila ramai lelaki dalam lemak kampung santan yang tergila2kan nasi lemak tiqa!

Pembukaan filem Lemak Kampung Santan sgt menarik apabila 2 org lelaki berbual sambil mengali tanah mencari sesuatu. perbualan mereka tentang bolasepak yang tak ada kena mengena dengan naratif secara jelas atau mungkin subtle ala jules dan vincent pulp fiction. ruang pencarian ini satu indeks menarik memperlihatkan penonton turut sama cuba menggali apa yang terbenam dalam naratif. mereka temui sebilah keris. simbol melayu. dan naratif jelas tentang itu. dan scene ini menarik. jelas. kerana sebuah filem yang baik, seawal scene pertama, atau shot pertama harus memberika indikasi jelas tentang naratif.

Kemudian naratif diteruskan dengan v/o narator mula bercerita tentang sejarah hikayat sang raja dan puteri balinan. dengan nada komedik. persis parody filem epik agung merong mahawangsa dan yang setaranya.

Dan naratif dicantumkan pada ruang gerai nasi lemak tiqa ketika penonton diberi nafas apabila suara narator itu adalah suara sang panglipur pak wan (harun salim bachik) bercerita pada 3 lelaki yang sebenarnya berada di ruang itu, mengagumi nasi lemak tiqa ( neelofa )  *yang sebenarnya gua jugak dah jatuh cinta, bukan sebab neelofa cun! tapi budi wataknya yang tampak jujur, naif pada permukaan naratif. jugak nasi lemaknya.

Dan lemak kampung santan adalah tentang kampung santan. dan sejarahnya yang harus kita kenal.

Menarik bila hans angkat cerita begini yang punya sense of mystery ala m.night shyamalan the village. tapi sense itu tak cukup besar dan menarik penonton untuk turut sama mencari misteri lemak kampung santan. pada penduduk kampung santan yang sepatutnya lebih preserve semacam menyimpan rahsia agung. sebaliknya relax je penduduk kampung santan mcm dungu, sengal hanya mencebik dan mencelah dialog watak-watak utama.

Selain dialog2 corny yang entah kenapa aku rasa macam ada yang tak kena je, atau filem lemak kampun santan ni silap tahun untuk ditayangkan mungkin, sepatutnya tahun 1970 kot.

Aku rasa filem lemak kampung santan masih mampu menarik penonton untuk turut sama merasai bagaimana watak tiqa (neelofa) berjuang untuk menyelamatkan kampung santan, dalam masa yang sama bercintan-cintun dengan wan (hans). jelas tampak onscreen rasa cinta. the akwardness, selfcontrol, dan tarikan saling memerlukan. suka part awal act 3 bila konflik terurai, ketika bila tiqa sedar wan juga merupakan sebahagian dari konco syarikat pembangunan, lakonan neelofa terasa bila tangisan amarahnya boleh dirasa. (sebab bila naratif jelas, kita turut sama merasai perasaan watak) ini crdt to neelofa. cuma aku tak minat 4 org lelaki yang duk ekor neelofa scene tu, apa ke halnya tiba2 dorg duk jaga tiqa? tiqa tu puteri balinan ke? ke penduduk kampung tu memang tak boleh tengok tiqa jalan sorg2 dalam gelap malam?

Beberapa momen dalam lemak kampung santan yang aku rasa sgt baik contoh, hans mula kembangkan kartasis konflik dalam tandas, bila bercerita tentang projek pembinaan tersebut ketika membuang air kecil, jelas perbincangan tersebut berada dalam ruang negatif yang kemudian jelas memperlihatkan konflik dalam plot naratif.

Selain itu, aku sgt suka bila hans keluarkan dialog tiqa “sepatutnya aku beli baju tu” masa tiga ckp sorg2 kat kedai ketika sedang memotong timun bersama adiknya. dan kemudian hans jelaskan indikasi dialog itu bila wan terbayang wajah tiqa memakai tudung rona merah yang dipegamgnya. dan wan beli tudung tersebut untuk tiqa. sekali lagi, tiqa ulang dialog “sepatutnya aku beli baju tu” untuk dipadankan dengan tudung yang diberikan oleh wan. menarik, tak ramai yang bercerita dalam gaya begini dalam naratif filem.

Komedi lemak kampung santan hanya diletakkan di atas ke sengalan yang bijak oleh harun salim bachin ( ayah tiqa) yang menyimpan cerita umbi kampung santan. lawak boboiwe ni tak pernah boring pun. so ok lah. (Kredit to bro Joni)

Jadi kepada korang yang berminat untuk tonton filem ni, jom kita pakat-pakat tonton di Pencurimovie.com.

KLIK SINI untuk menonton filem Lemak Kampung Santan dengan segera…!

Review: http://jonijualfilem.blogspot.com/2013/08/rebiu-lemak-kampung-santan-nasi-lemak.html
Trailer: http://www.youtube.com/watch?v=OKQMQBI3gfU
Download Lemak Kampung Santan: http://pencurifail.net/download-lemak-kampung-santan-2013/

-BK

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Lemak Kampung Santan (2013)”

  1. jalan cerita macam best nie…nak tengok jugaklah..
    Kisah Si Dairy recently posted…Kelebihan Memakai TonerMy Profile

  2. vcore says:

    mcm best je nih.donlod

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge