Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Minum Di Kedai

Kes-Tembak1.jpg

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Minum Di Kedai | Seorang ahli perniagaan yang sedang minum di sebuah restoran di Kajang selepas bermain badminton, maut apabila ditembak pada jarak dekat kira-kira 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata R. Appalasamy, 47, sedang duduk di restoran berkenaan apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup muka penuh tiba-tiba meluru ke arahnya dan melepaskan dua das tembakan.

“Tembakan itu mengenai bahagian muka dan dada mangsa. Dia dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang dekat sini untuk dibedah siasat.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dua suspek yang menunggang motosikal dipercayai terbabit dalam kes itu.

“Ketika kejadian dipercayai kedua-dua suspek yang memakai topi keledar ‘fullfaced’ datang menaiki motosikal, sebelum pembonceng belakang turun dan melepaskan tembakan pada mangsa.

“Seorang lagi suspek dikatakan menunggu di motosikal, bersedia untuk meninggalkan kawasan restoran itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Polis masih menyiasat motif kejadian termasuk aspek persaingan perniagaan. – Astro Awani

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge