KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas Seminggu Tayangan

KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas Seminggu Tayangan

KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas Seminggu Tayangan | MENGETENGAHKAN kisah hantu serta diselitkan dengan pelbagai genre seperti komedi dan aksi, formula tersebut berjaya menarik penonton untuk ke pawagam menyaksikan KL Zombi.

Filem arahan Woo Ming Jin yang mula ditayangkan Khamis lalu itu, setakat ini, mencatatkan kutipan kasar lebih RM2 juta.

Perkara itu disahkan sendiri pelokon utamanya, Zizan Raja lawak menerusi laman Twitternya, hari ini.

“Alhamdulillah, filem #KLZombi mencecah RM2juta selepas empat hari tayangan di panggung.

“Terima kasih dan teruskan sokongan anda,” katanya.

KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas Seminggu Tayangan

Selain itu, filem tersebut yang menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani juga dilaporkan berjaya menduduki tangga ketiga carta filem paling laris di Golden Screen Cinemas.

KL Zombi merupakan versi filem untuk novel Fixi dengan judul Zombijaya dan telah menelan kos pembikinan sebanyak RM1.3 juta

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Latest posts by (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas Seminggu Tayangan”

  1. Wow. Tengok gambar tu pun macam best je.. In Shaa Allah khamis nie xde kelas p tengok..
    Aniqbukhary32 recently posted…Hah!!! Jodohku dari kalangan keluarga terdekat?My Profile

  2. cik Ain says:

    nie yang rasa nak g tengok nie…
    macam best je citer..

  3. Fairuz Sudin says:

    mcm2 komen dpt dari facebook..
    ade yg kasi rating 2.5 jerr dari 5..

  4. vcore says:

    mcm best je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge