Kisah Teladan : Pensil Dan Pemadam

Pencil-and-Eraser-kisah-pensel-dan-pemadam.jpg

Kisah Teladan : Pensil Dan Pemadam | Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger kepada semua pembaca Fuh.My yang budiman. Hari ini Luna nak kongsikan Kisah Pensil Dan Pemadam untuk renungan semua.

Kisah ini boleh digambarkan dengan sifat kesetiaan seorang sahabat dan juga pengorbanan yang dilakukan demi persahabatan mereka. Seorang sahabat yang sejati sanggup lakukan apa sahaja demi melihat sahabatnya gembira dan tidak bersedih. Begitu juga dengan ibu bapa kita. Kisah ini juga boleh diibaratkan sebagai kisah seorang anak dengan ibu dan ayahnya.

<img class="aligncenter size-full wp-image-6532" alt="pensil dan pemadam” src=”http://fuh.com.my/wp-content/uploads/2013/09/pensil-dan-pemadam.jpg” width=”560″ height=”373″ />

Jom kita ikuti kisah di bawah =)

Pensil : “Maafkan saya pemadam…”

Pemadam : “Maaf untuk apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”

Pensil : “Saya minta maaf kerana saya selalu membuat kamu terluka. Setiap kali saya melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk membetulkan kesilapanku itu. Namun setiap kali kamu memadam kesilapanku itu,, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil…

Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun sedikit pun saya tidak kisah. Saya sememangnya tercipta untuk melakukan tugas ini. Diriku tercipta untuk membantumu pada bila-bila masa kamu melakukan kesilapan. Walaupun saya tahu, suatu hari nanti , saya akan pergi dan kamu akan mengganti diriku dengan yang baru, namun saya bahagia dan gembira dengan perananku ini. Kamu jangan risau kerana saya tidak suka melihat dirimu bersedih. Saya berharap kamu akan terus berjuang  dan tidak melupakan diriku ini”

 eraser n pencil (1)

Pensil diibaratkan seperti kamu yang melakukan kesilapan, manakala pemadam pula diibaratkan seperti ibubapa yang sentiasa ada untukmu. Kesilapan adalah sebuah langkah untukmu melakukan pembaharuan, dan ibu bapa adalah individu yang akan sentiasa ada, memberi dorongan dan nasihat  setiap kali kamu melakukan kesilapan. Hargailah mereka selagi masih ada masa. Sahabat juga begitu..Sahabat umpama pemadam yang rela jika dirinya terhapus dek kerana tidak mahu melihat si pensil berterusan bermuram durja dan berada dalam keadaan sedih. Demi melihat si pensil gembira pemadam rela dirinya hilang sedikit demi sedikit. Itulah tandanya pengorbanan seorang sahabat sejati..

NOTA LUNA NANA : “Sahabat sejati sukar dicari..Apabila kamu sudah temuinya hargailah dia semasa kehadirannya dalam hidup kita.Jangan menyesal jika dia berpaling daripadamu kerana sikap keegoanmu itu..” Renungan dan muhasabah diri kita semula.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “Kisah Teladan : Pensil Dan Pemadam”

  1. Paly says:

    betol tu.. hargai orang2 yang disekeliling kite sume sblm mereka tinggalkan kite ..

    Jom join kontes! RM600 lebih ditawarkan 🙂

  2. Kalaulah pensil dan pemadam nie org. mst lg sedih cta nie.. huhu . Btw, perkongsian nie menarik dan penuh makna
    Aniqbukhary32 recently posted…Kisah photographer part time dan aiskrim drumstickMy Profile

  3. kecik says:

    kite selalu terluka sebab orang yang tak pernah pedulikan kite. tapi kite tak pernah meluahkan. sebab kite sayang dia. kite tak nak dia rasa apa yang kite rasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge