Kisah Tauladan Kerana Hutang Duit Kopi 5 Sen

g12.jpg

Kisah Tauladan Kerana Hutang Duit Kopi 5 Sen

Kisah Tauladan Kerana Hutang Duit Kopi 5 Sen | Kisah ini adalah kisah benar yang menceritakan seorang hamba Allah tergantung amal solehnya ketika mati oleh kerana berhutang duit kopi 5 sen daripada kawannya.

Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata “tolong bebas kan aku”.

Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang ‘alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya. Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu.

Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya. Mengikut orang-orang ‘alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya.

Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi. Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam.

Setelah terpisah ketika perang Jepun, arwah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan. Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati.

Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal. Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan arwah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan. Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.

Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya.Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab arwah ayahnya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan arwah suaminya. Mungkin orang lain. Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik.

Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut. Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur arwah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan.

Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya. Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik berselisih faham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya.

Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya. Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik.

Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdoa Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku. Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi.

Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).

Wallahu’alam.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

11 thoughts on “Kisah Tauladan Kerana Hutang Duit Kopi 5 Sen”

  1. jingkaliwa says:

    kalau kita ade hutang tapi terlupa nk bayar nk wat cmna?

    1. Atiqa anuar says:

      kalau betul betul lupa, and orang yang kita tak tuntut dikira mungkin tape.. kalau dah tau ada hutang sengaja buat buat lupa tu dosa 🙂

  2. Atiqa anuar says:

    uish, kerana 5 sen. even nilai nampak sikit tapi kalau dah hutang tetap kena bayar.
    Atiqa anuar recently posted…Review Product : Juliana Francoise BB White Serum From HiShopMy Profile

  3. Mawardiyunus says:

    ingat plak antara pesan2 ayah wa, kalau nk berjaya n hidup tenang, jangan sesekali berhutang 🙂
    Mawardiyunus recently posted…CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00 | UBAT SAKIT BUAH PINGGANGMy Profile

  4. anonymous says:

    kalau curi juta2 tu kemudian buat mcm harta bapak sendiri macam mana lak?curi duit anak yatim baitulmal,duit zakat.kemudia buat mcm duit sendiri mcamana lak kira?

  5. Farah yasmeen says:

    kalau kita sengaja lupa.. dan orang yg kita berhutang tu percayakan kita .. macam mana??

  6. Hamba Allah says:

    Ingat Hutang tetap hutang walaupun di lupus oleh sesiapa pun. Jangan Lupa Untuk Bayar Hutang PTPTN. Jangan Politikan hutang. Duit PTPTN ini bukan untuk kita sahaja tetapi ia terkandung masa depan anak-anak malaysia yang ingin lanjutkan pelajaran ke menara gading.

  7. blogbob says:

    aishhh jangan buat main2 oiii walau hutang sebesar kumannn

  8. World WarZ says:

    Berhutang wajib dibayar kecuali sipemberi hutang menghalalkannye.. Tapi kalau menurut kewarasan masakan 5 sen pun kita tidak mahu menghalalkan dan betapa menunjukkan bahawa bakhilnye kita.

    Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnye (hadis riwayat Tarmizi dan bukhari)..

  9. Kalau boleh elakkan lah berhutang walau dengan apa cara sekalipun.. (Pesanan untuk diri)
    Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

  10. Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge