Kisah Seorang Gadis Dipotong Tangangnya Kerana Bersedekah

muslimah.jpg

Kisah Seorang Gadis Dipotong Tangangnya Kerana Bersedekah

Kisah Seorang Gadis Dipotong Tangangnya Kerana Bersedekah | Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata,

“Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.”

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.

Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata,

“Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu,

“Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”

Nota Hati: Allah sentiasa bersama orang yang benar dan sentiasa ada bersama kita dimana pun kita berada, yakinlah dengan ketentuan-Nya. Daripada Dia kita datang kepada Dia kita kembali. Wallahua’lam

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “Kisah Seorang Gadis Dipotong Tangangnya Kerana Bersedekah”

  1. wooots says:

    mcm tu sekali die buat…
    wooots recently posted…Kereta Subaru Forester 2013 Dilancarkan Di MalaysiaMy Profile

  2. baca cerita ni teringat berbuka puasa kat pizza hut kota damansara haritu. ada sorang lelaki india masuk ke restoran pizza hut cuba meminta makan dari orang2 kat situ tapi akhirnya di halau staff pizza hut. dia sempat datang ke meja kami jugak.. bersebelahan pizza hut, ada KFC. kebetulan asben nak makan kfc , kemudian dia pergi beli kfc jumpa lagi mamat india tu minta makan. sebab dia minta makan & lapar asben saya belikan la dia 1 set snack plate. Sesetengah pengemis datang minta sedekah nak duit jer dengan alasan nak makan tapi bila kita offer nak bagi makan dia taknak pula tetap nak duit. Tapi kalau yg datang minta makan.. percayalah mereka memang lapar. Jadi bersedekah la tanpa ada rasa takut rugi sebab mungkin Allah temukan dia dengan kita sebab ada bahagian dia dalam rezeki yang kita dapat
    lekatlekitgurl recently posted…BUKAN SENGAJA MENGHINA ISLAM DALAM VIDEO RAYA DENGAN ANJINGMy Profile

    1. puteri says:

      btol apa yg saudari lekatlekitgurl kata tuh.. terima kasih atas perkongsian cerita saudari. Tak kira lah siapa mereka, sedekah itu pembuka pintu rezeki.. semoga dimurahkan lagi rezeki saudari lekatlekitgurl 🙂

    2. kucinghitam says:

      nice one xsalah bersedekah
      kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  3. sayidah says:

    subhanallah! betapa hebat pahala bersedekah 🙂
    sayidah recently posted…BLOG KOLEJ16 & BLOG ADDCHOCS 🙂My Profile

  4. kucinghitam says:

    senyum pun sedekah tp jgn la org minta sedekah korang pi senyum plak
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge